Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Sunday, February 14, 2021

kek coklat moist

hari ni kite nak update resipi kek coklat moist...yummy!

selalu kalau nak moist orang suruh guna pengukus.tapi rumah kite xde pengukus besar untuk kek.kecik2 setakat nak kukus dimsum,pau tu ada la.hehe.

jadi kite guna oven! boleh tau! jangan risau.hehe.

ok mula2 

ambil periuk,masukkan
*satu cawan susu
*satu cawan minyak,
*satu cawan serbuk koko,
*satu cawan susu pekat,
*dan setengah cawan gula.
# kacau atas api perlahan.jangan sampai mendidih bagi dia larut je.kite guna serbuk koko van houten ni memang cantik dan pekat rasa dia.
ketepikan.

panaskan oven.didihkan seliter air.masukkan dalam loyang hitam.kedudukannya bawah para yg kite nak letak kek nanti.

sediakan 4biji telur.putar atau blend sampai kembang.
ayak secawan tepung gandum bersama satu sudu kecik soda bikarbonat dan baking powder

last masukkan semua(adunan coklat,tepung) kedalam blender atau mixer telir tadi,putar sehingga sebati.

sapukan butter pada loyang.kalau ada parchment paper boleh guna.lagi mudah nak basuh nanti.

tuangkan adunan kek tadi kedalam loyang.

ni loyang 9 inch.rendah sikit kek.klo nak tinggi boleh buat satu stgh adunan.ataupun boleh guna loyang kecik sikit 7inch mungkin.tapi kite ada loyang 4,6,9 je.7 xde.jadi kite guna je lah 9.hehe

masukkan dalam oven yang dah panas tadi.bakar pada suhu 160-170 selama 45minit. atas oven masing2.bila dah siap tu amik lidi,cucuk.paatikan xde melekat,boleh tutup oven.

nampak tak kedudukan dia.
dalam loyang hitam tu ada air mendidih.kek dalam loyang tu di bahagian atas.
boleh dimakan dengan coklat sos
atau dengan cream cheese dan choc ganacheok.sila lah cuba!

Saturday, February 13, 2021

resipi kinafah khishnah

ok tadi mansaf.ni nak isi resipi kinafah khisynah pulak.

kinafah ni ada dua jenis,satu yang ini dan satu lagi namanya nae'mah lembut  atasnya.yang kite buat ni crunchy.

korang hanya perlukan
*kunafa
-kataifi pastry
-unsalted butter (cairkan)
-cream cheese /ricotta cheese
-mozarella
-pewarna oren
-kacang pistachio

*syrup rose
-rose bud
-sugar
-air in

ok.mula2 sapu butter pada loyang.

then...

kataifi pastry ni gaul dengan butter cair dan sedikit pewarna oren.tak de pewarna pun ok cuma kurang cantik lah.xmcam kedai.gitu.haha

dah siap,buat satu lapisan pastry ni.

taburkan cream atau ricotta cheese dan mozarella.terbaik guna akkawi cheese.tapi kat terengganu ni jupe cheese selain mozarella dan cheesedale tu pun dah syukur sangat.haha

ok dah siap tabur cheese,buat satu lagi lapisan kataifi pastry tadi atas cheese tu.bagi rapat2.

masukkan dalam oven atau air fryer suhu 160/170 selama 30minit.

kalau buat dalam kuantiti banyak guna oven lah.kalau buat sikit je.guna air fryer.ni loyang saiz 4inchi.6inchi pun muat ni.
sementara tu panaskan dua cawan air dan rose bud.
masukkan ⅔ cawan gula.kalau suka manis boleh lebihkan lagi gula tu.

kacau la sikit kan.sampai mendidih..

sambil2 tu cincang pistachio..

ting!!!! air fryer dah siap bekerja.
keluarkan kinafah kite dari air fryer.taburkan kacang pistachio.tuangkan syrup rose tadi..

boleh makan.👍🤤🤤👍🥰
 boleh cuba tau! ! mudah sangat ni.






Friday, December 18, 2020

tradisional waffle

 hai..petang tadi kite buat waffle.waffle ni banyak jenis tau.

thin waffle,tradisional waffle,vanilla,mochi.macam2 lah

                     tradisional waffle

hari ni kite buat tradisional waffle.

kalau tengok dairipada anak2 makan,sampai 3keping sorang,sedap sungguh tu.haha

resipi dia..

300g tepung 
2biji telur
75g baking powder
500ml susu
5sdb sugar
100g unsalted butter
secubit garam
-blend semua sampai jadi macam ni.ni kite pakai hand blender sebab tu duk dalam mangkuk.
kalau korang guna blender jug tu tuang je la dari situ k.

sapu minyak pada waffle maker dan panaskan.lepas tuang adunan.kapit dalam 5minit.lain maker lain masa tau.kena try2 lah.

ok bila dah siap.hidang dalam pinggan.masa nak angkat tu better guna spatula silikon tu supaya tak calar..

lepastu potong skit unsalted butter,then drizzle kan dengan maple syrup.kite guna yang sugar free.dia guna sorbitol sebagai pengganti.


ok boleh makann..😁

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...