Showing posts with label arabic food. Show all posts
Showing posts with label arabic food. Show all posts

Saturday, February 13, 2021

mansaf urduni

Assalamualaikum!
banyak nk berkongsi.tp kite kongsi satu2.ada masa kite type.gitu la.

lama dah xbuat mansaf.dulu pernah buat.siap buat video lagi.haha.tapi kat facebook la. sekarang rse leceh nk ambil video.sebab nk cepat dan kadang2 sambil masak anak penuh kat kaki😂
lagipun mudah type kat sini.baca je.hihi

ok kite mula yee.
first
rebus daging kambing bersama bay leaves,garam dan rempah mansaf.kalau takde rempah boleh ganti dengan kunyit dan jintan.
rebus sampai empuk atau guna pressure cooker selama 30-40minit.

untuk nasi,beras biasa campo dengan beras calrose ataupun kite panggil beras sushi tu.kite guna satu cawan beras yang kite selalu pakai dengan satu cawan beras calrose.

nak guna semua beras calrose pun boleh.xde masaalah.mmg asal semuanya guna beras pendek tu.

letak beras,rempah mansaf skit dan juga kunyit sikit.masukkan air rebusan kambing tadi secukupnya untuk beras korang masak la.

untuk kuah laban,kite perlukan laban atau melayunye yogurt.haha yang natural k.klo yg ada perasa nanti konfius plk nak buat air ke ape.😝
ape2 brand pun boleh janji natural.
masukkan yogurt dalam periuk.kacau kasi tak berketul.

masukkan air rebusan jgn byk sgt.agak2 je naknkuah byk mana,dan xcair sangat.sedikit air rendaman jameed(kalau ad,xde xpe,xeffect sangat).tapi boleh cari online kot.yang kite ni beli masa pergi kl dulu.pstu simpan dalam peti.hehe

jadi macam ni la lebih kurang.siap!

nasi dah siap,amik,letak susun.tabur gajus or ape2 kacang je,dan daun parsley..nak cantik beli daun parsler omputih tu.hehe

siap boleh makan.senang sangat kann.hihi
selamat mencuba!

Wednesday, January 13, 2021

hummus

hai2.semalam kite buat stok hummus.sambil2 dengan pm ckp psl darurat..

bahannya mudah je.
-kacang kuda dlm 2 tin atau pun yang dah di rebus.
-bawang putih bakar xde takpe
-tahini ataupun namanya bijan paste
-sedikit garam
-lemon boleh ganti dengan cuka
-extra virgin olive oil
-air secawan utk dua tin kacang kuda.agak2 la nk pekat mana

tahini.ada banyak brand.kalo tak jumpe boleh buat bijan paste sendiri.sangai bijan tu dan blend bijan putih sampai jd paste.tapi kt shopee byk je..konfem jumpa la.haha..lagi2 musim pkp ni makin banyak kedai arab masuk shopee.nak cari falafel instant pun mudah.
evo(org skrg panggil) hahhaa. why not evoo? hahaha 
letak dalam satu bekas dan blend.
dah siap.nak blend dlm blender jug tu pun boleh.mana yang ada lah kan.
dah siap.letak dalam bekas cantik2 tuang evoo atas dia.nanti dah cedok nak makan pun kena letak lg.yg ni letak masa simpan supaya dia tahan lama.nanti bila nak makan,just buat roti je.mudah.hihii..satu lagi hummus ni memang kena buat malam sebelum makan supaya bahan2 dia tu serasi,bila makan tu umphhh..klo tak macam tak cukup bahan gituu.teknik kena ada kan..hhaha

oklah.takleh lama2.nanti kite buh cara nak buat roti campak pulak.ataupun roti rubu3(25sen jordan=singgit dulu time aku belajar) tp sekarang katanya dah naik jadi 45sen.jadi roti 45 la pulak.hahhaha

ok! selamat mencuba!

Monday, January 11, 2021

maqlubah

bismillah.jumaat baru ni kite buat maqlubah lagi.hihi.sebenarnya dah banyak kali buat.memang xkira dah brp kali buat.thanks to kakak2 mutazawwijin jgk mse kat jordan dulu,belajar dengan makcik arab,pastu belajar dengan kakak2 mutazawwijin tu buat sama2
so walaupun dah duk mesia,boleh makan maqlubah urduni lagi.hihi

bukan xde dijual di restaurant nasi arab.tapi sangat rare dan kalau ada pun tak sama macam kat jordan dulu...haha.
lagipun mudah je buatnya kann..jadi meh la kite buat.

mula2 goreng kubis bunga,ubi kentang,terung yang dah digaulkan dengan garam.paling2 kurang kena ada kubis bunga ok! sebab dia yang bawa aroma tu.sambil2 goreng,rebus ayam.aku guna pressure cooker je mudah.ayam,air(agak2 untuk masak nasi nanti,garam, chicken stock klo ada.xde takpe.bay leave klo ada.set 3-5minit 
dah siap,gaul dengan rempah maqlubah dan garam.then
rempah maqlubah aku kirim orang g joden.tp klo xde,guna je rempah maqlubah yang ada tu kan.cuma cara buat macam aku buat.hahah.ok ikut suka,xpaksa.

gaul beras dengan rempah maqlubah,kunyit sikit dan sikit garam.klo korang guna beras basmati rendam dulu dengan air kunyit.

biladah siap semua,kite susun la ok.sebab nanti kite nak terbalikkan dia.baru la sesuai dengan namanya.gtu.haha
ayam dulu
sayur2 goreng
barulah beras dan air rebusan ayam tadi.aku goyang2 sket kasi rata,sekali sayur tu timbul laaa..😂
pastu masukkan dalam periuk nasi cam biasa.

dah siap,amik talam ke,atau apa2 bekas yang besar sikit dari periuk tu,then terbalikkan dia.pastu angakt periuk nasi tu.so ayam tu dah duk diatas balik.haha

boleh makan dengan salatah dan yogurt.

SALATAH ARABI 
tomato
timun
salad
lemon
daun ketumbar
garam

-campur semua dalam satu bekas dan sebatikan.siap!

kalau suka makan dengan syattoh pun boleh buat.macam sambal skit tu kan.

SYATTOH
cili hidup
cili padi kalau nak pedas
tomato
daun ketumbar
garam
lemon skit
 - masuk dalam blender,blend je semua tu.siap! sebentar cuma.sepantas kilat..gituh..kiki

ok.selamat mencuba tau!
teaser skit mcm mana rupenye,haha.bgi semangat sket.

Friday, September 4, 2015

Maqlubah



Setelah hampir setahun xupdate.today,nak kasi resipi nasi maqlubah.maqlubah maksud dia terbalik.biasa arab akan terbalikkan nasi tu dalam talam tapi aku xde la plak talam besar2 jadi aku ambil nasi mcm biasa.

Bahan:
Rempah maqlubah
Beras
Kubis bunga
Kentang
Terung(kalau suka)
Ayam
Daun sup
Buah pelaga
Bawang
Garam
Gula

First sekali,kalau guna beras basmati,kena rendam dulu.kalau macam aku guna beras biasa je,xperlu rendam la.terus gaul dengan rempah maqlubah.
Rempah maqlubah aku bawak balik drp jordan.tp kat malaysia pun ada,xperlu terbang ke jordan semata sebab rempah.haha
 ini beras yg dah digaul dengan rempah maqlubah.

Then,buat sup ayam.kalau xnak buat pun xpe.tp aku suka rebus dulu ayam tu untuk ambil stok ayam.ada orang suka guna kiub je,tp kurang kaw la guna kiub.untuk yang buat dari kiub je,ayam tu terus perap dengan rempah maqlubah dan garam,then goreng.so aku alang2 da rebus tu,buat sup terus la.
     1.tumis bawang putih,bawang     besar sampai garing2 skit,masukkan ayam.
     2.bila ayam da putih,masukkan air,daun sup,buah pelaga,garam dan gula secukupnya.
     3.bila dah mendidih,keluarkan ayam (its ok kalau ayam kurang masak).tapis.

sup ayam.masa ni aku dah keluarkan ayamnya.

Untuk ayam pulak,perap ayam dengan garam dan rempah maqlubah.bagi aku,xkisah berapa minit,hentam je.da sampai masa,goreng aje.:D
Sambil2 tu goreng jgk kubis bunga,terung,kentang yg da dibersihkan.
ayam yang da diperap
 kentang dan kubis bunga yang digoreng


lepas tu goreng ayam.nak bakar pon boleh.boleh jugak ganti ayam dengan daging.


ok.lepas siap semua yang di atas,ambil periuk nasi,susun ayam yang da di goreng,lepas tu susun plak sayur2 yang digoreng td.last beras yg da digaulkan dengan rempah.lepas tu masukkan stok ayam td secukupnya.




sementara menuggu nasi masak,boleh la potong2 sayur sikit.gaul2 dengan lemon dan garam.kalu suka letak daun ketumbar dan pudina sikit.aku suka makan dengan sambal.aku buat macam nasi ayam tu je.tp suami aku suka makan pure je.dia suka rasa asli tu.hihi.
dalam 15-20mins tunggu,nasi pun  masak.tadaaa,ni aku punya.hehe.


selamat mencuba!:D

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...