Saturday, December 19, 2020

spaghetti aglio olio

hujan tak berhenti dari semalam.hujan mmg best.tapi risau juga terutama rumah2 yang rendah kesian sangat.gerai nasi lemak dekat sini pun tutup sejak banjir hari tu.tapi alhamdulillah petangnya dah ada sang matahari.:)
so pagi tadi kite buat spaghetti aglio olio 😊
nampak je banyak tapi sebab hujan ni anak2 pun makan banyak termasuklah bushra.
jom buat!

caranya mudah sangat
potong bawang putih dan sayur korang nak  letak.ape2 je.ini yang ada dalam peti dan sesuai.hehe.
                carrot and garlic
           cendawan butang dan parsley
panaskan minyak,masukkan sotong udang ape2 la bhn mentah yang korang suke.
dlm peti kite ada daging salai tu segenggam,ball daging 4ketul dengan sotong,kite letak la yang tu.haha
goreng dulu sampai garing.
ni masih ada air lagi kan
sampai air kering.yang kelihatan hanyalah minyak.
sampai macam ni ye kawan2.baru tak hanyir spaghetti tu.lepas tu keluarkan.
next step,tumis bawang putih,chili flakes
tu carrot pun mau terjun sekali.πŸ˜‚
masukkan sayur2 yang korang ada

kite guna chili flakes domino je.hihi
masukkan mixed herb,white pepper dan juga parsley flakes

kacau2 masukkan spaghetti yang dah lembut tau serta sotong dll yang dah digoreng tadi tu dan garam.kalau ada chicken stock bole letak.kalau xde pun xpe.sedap dah.
masa ni perlukan kekuatan skit la.tapi kalau dah biasa masak insha'Allah tak sakit la lengan tu.awl2 jeπŸ’ͺ.😁
siap! hidangkan...jangan pulak bawak periuk besar ni buh atas meja.kasi proper sikit.cenggini.pastu tabur parsley flakes.klo suke pedas,tambah lagi chili flakes.
ape lagi.sila la cuba.😁

Friday, December 18, 2020

tradisional waffle

 hai..petang tadi kite buat waffle.waffle ni banyak jenis tau.

thin waffle,tradisional waffle,vanilla,mochi.macam2 lah

                     tradisional waffle

hari ni kite buat tradisional waffle.

kalau tengok dairipada anak2 makan,sampai 3keping sorang,sedap sungguh tu.haha

resipi dia..

300g tepung 
2biji telur
75g baking powder
500ml susu
5sdb sugar
100g unsalted butter
secubit garam
-blend semua sampai jadi macam ni.ni kite pakai hand blender sebab tu duk dalam mangkuk.
kalau korang guna blender jug tu tuang je la dari situ k.

sapu minyak pada waffle maker dan panaskan.lepas tuang adunan.kapit dalam 5minit.lain maker lain masa tau.kena try2 lah.

ok bila dah siap.hidang dalam pinggan.masa nak angkat tu better guna spatula silikon tu supaya tak calar..

lepastu potong skit unsalted butter,then drizzle kan dengan maple syrup.kite guna yang sugar free.dia guna sorbitol sebagai pengganti.


ok boleh makann..😁

Thursday, December 17, 2020

telur dadar with vege

telur dadar pun nak tulisπŸ˜‚. lain orang lain style.
aku suka buat macam ni.telur
tomato
cendawan
daun bawang
mayonis
sedikit garam
kepuk2 sampai sebati.
sampai macam ni.
panas kan minyak dalam pan ke kuali ke.suka hati.
tuang je la.masa nak balik tu one two three terus balik.kne cepat.klo tak jadi telur scramble πŸ˜‚
tu patah skit masa nak hidang.hahha..

sayur boleh ubah2 ikut suka.best letak sayur.nanti anak2 makan sayur.hihi.lagi ma'mun memang suka ratah telur..(•‿•)


daging salai masak lemak cili api.

menu utama hari ini daging masak lemak cili tak berapi.versi anak2 tak boleh pedas2.nak pedas boleh,kena masak lauk lain pulak la untuk anak2.

watak utama semestinya daging salai.beli yang siap je.sokmo guna brand ramly.ni kakak kasi hari tu.dia suruh try.haha.
daging salai ni nampak bersalai la klo nak banding dengan yang ramly.ada burn2 sikit.ramly punya xde burn2 tu.

blend semua aku letak bawang nak kasi pekat.xnak xpe.
blend - bawang,cili merah,serai,halia,lengkuas.
dah blend tuang je dalam periuk korang.
masukkan air
masukkan daging salai.tunggu mendidih.
masukkan santan,garam...stir them until they are mixed well.kacau2 sampai dia mendidih.jangan tinggal tau.nanti santan naik ketul2.
dah siap.semudah abc kanπŸ˜πŸ‘
tadaa

makan dengan telur dadar dan salad dah cukup.

Wednesday, December 16, 2020

carote or tefal?

sebenarnye dah lama duk intai granite ni.rasa nak beralih arah daripada tefal kepada carote.tefal mineralia pun lebih kurang harga dia.tapi brand byk sgt choice patern dia.hari ni baru try,setakat ni ok.best.suka la sebab besar,dalam,tak lekat.nanti kite tengok macam mana.kalau dah sebulan still best,kite cari family dia pula.baru tak lonely.
hasil 12.12πŸ˜‚.not bad.jimat rm35.ok la tu kan.sapa nak kasi duit free..
spe nak boleh cari ok di lazada ada free shipping.shopee kalau tak silap takde free shipping.
sila la beli.😁

2020

assalamualaikum dan hai! first post setelah sekian lama.πŸ˜‚ bertahun.tibe2 malam ni teringat.rindu nak blogging,tangkap2 gambar masak,post resipi kt sini.

i will yaa.inshaAllah.

Saturday, July 30, 2016

Japanese cotton cheesecake

Assalamualaikum...😀

25july baru ni birthday huda.so aku duk fikir nak wat sendiri kek.makanya gigih la aku beli barang.hihi.pergi sweet berry la,aeon,billion la.

So ni resipi yang aku ambil daripada kawan aku.kawan aku ambil daripada mak sedara dia.eh yeke? Yekot.gigih tau salin and belajar Kat jordan dulu.haha duk berangan nak bagi huda dan suami makan.😂

Ni resipinya.:

Bahan A:

250g cream cheese}
50g butter              }    cairkan 3 bahan ni
100ml susu segar}        teknik double boil

6biji telur kuning
60gTepung kek atau tepung gandum }ayak
30gTepung jagung.                                }tepung
Satu sudu besar lemon jus
1/4 sdk garam
(Gaul dalam satu bekas.last letak telur kuning)

Bahan B:
140g Gula.             }  pukul sampai
6biji putih telur.     } kembang
3/4 sdk jus lemon }

-satukan bahan A dan bahan B.gaul kaup balik guna spatula or senduk kayu sampai rata.
-tuang dalam loyang yang dah sapu butter.
-Bakar satu jam,suhu 160c.

Topping aku guna whipped cream dengan peach.kaler pink tu ak letak pewarna Merah cair.hihi.hiasla bg cantik.

Wednesday, April 20, 2016

Ikan cencaru bakar

Hai.hari ni aku nak kongsikan resipi ikan cencaru bakar.ini first time ak buat.sebelum ni tengok2 je mak buat.klobak buat,aku guna pes bakar yg siap da.haha.semalam aku duk dalam kedai,duk cari rempah tu,xjumpe2. Uittt,asal xde plak ni Kan...huhu..
Aku pun search resipi tu dlm kedai jgk,haha.tgk2,senang sangat ni boleh wat sendiri.haha.aku olah2 ikt tekak aku.so ni Cara aku buat.

Resipi ikan cencaru bakar.
Ikan cencaru
Bawang besar + Bawang putih + Lada kering=blend semua.
Daun kesum
Asam Jawa dibancuh sikit je tau
Garam
Gula

Tumis semua bahan kecuali ikan.sambil2 tu bersihkan ikan Dan belah belakang ikan.bila bahan2 tumis da naik minyak,boleh la sumbat belakang ikan cencaru tu.then boleh bakar.ikut style korang nak bakar atas dapur ke,dalam oven ke,pemanggang ajaib pun boleh.hihi.da siap hidang dengan sayur lemak,ulam,budu or belacan.best!

Friday, March 11, 2016

Kenali panjang dan pendek

bismillah..

#homeschooling
sebelum ni aku dah ada cerita pasal homeschooling ni di fb aku.sebenarnya aku dah start bulan 12 tahun lepas lg dengan melukis,mewarna,tulis2,baca2 buku aku tak tekan sangat.
pada awalnya aku nak huda masuk tadika.tapi huda time tu masih pakai pampers dan banyak tadika tak terima budak2 yang pakai pampers.jadi aku malas nak banyak2 tanya kan.aku pun decide nak ajar sendiri.

mula2 terlintas di hati ok ke nak ajar sendiri ni?
mencari la aku pasal orang tulis cerita2 ajar anak di rumah kan.nampak seronok jugak.mula2 aku macam tak ada bahan sangat.yela,budak2 nak pensil,pensil warna,kertas kosong,buku2.aku beli sikit2,mula2 aku beli bacalah anaku,read easy,iqra.semua aku beli satu set.read easy aku tak ajar lagi,tak nak bagi tertukar dengan bacalah anakku.kalau anak dah faham semua kita cakap,mungkin boleh kita bagitau yg ni english,yang ni bahasa melayu,tapi aku nak ajar asing2,takut tertukar.lepas habis bacalah anakku baru aku nak ajar read easy.inshaAllah.

banyaklah jugak ujian kesabaran yang berlaku masa nak ajar2 ni.haha.yela aku bukan ada basic nak mengajar macam cikgu2.maka aku kena study
-macam mana nak ajar
-apa perlu buat bila budak tak dapat tangkap.
-macam mana nak buat cara kita ajar menarik.
 dan macam2 lagi.

yang bestnya ajar sendiri ni,kita boleh ajar bila2 masa,banyak2 kali dalam satu hari.dan yang paling penting kita nampak sendiri apa yang anak belajar,membesar,seronok bila anak pandai sebab kita ajar.:D

ok kembali pada tajuk.
sekarang huda iqra dua.di bahagian iqra 2 bermula muka surat 19,huda akan belajar panjang pendek.

contohnya macam dalam gambar bawah ni.aku ambil dari google,tak sama tapi lebih kurang macam ni la.ok,masa tu ajar macam biasa,ajar macam biasa,tapi huda tak dapat cam lagi yang mana panjang,yang mana pendek time tu.sampai la muka surat 26,masih main teka2.ber huhuhuhu jugak la aku time tu,rasa panas je kepala kan tahan sabar.huhu.
 

maka aku pun ambil keputusan untuk start balik dari muka surat 19.ajar macam biasa,ulang dua kali di muka surat 19.lepas tu baca macam biasa,alhamdulillah dalam masa 3hari baca dengan lancar dan dah sampai muka surat 25,dah dapat beza panjang dan pendek.bila dah habis satu page by page aku tepuk tangan,dalam hati alhamdulillah.huda pun suka dia dapat baca dengan betul.hihi..

tapi lepas tu,jangan lupa upah coklat dua biji.kalau baca 3muka,tiga biji,hahaha

Related image

so kat sini aku sertakan sekali video huda bca iqra 2 muka surat 24. sekian.
























aiskrim jelly @ aiskrim viral

assalamualaikum.

ok.dah tengok banyak sangat orang post aiskrim ni kan.lama2 tengok,terliur jugak.haha.
makanya aku pun buat jugak semalam tapi aku tak guna sumi,aku lagi suka puding cocon ni.cumanya color dia tak terang macam sumi la.
ini dia jelly yg aku guna

reseipi aku simple je.malas nak masak2 atas dapur.

aku guna 
sekotak susu dutch lady
puding nata de coco 
susu pekat manis
air
plastik aiskrim

cara aku senang je,campo semua dalam satu jug besar kecuali puding.
buka plastik aiskrim masukkan puding yg dah dipotong dua,masukkan air susu yang dah dicampur tadi.dah ikat,masukkan dalam peti.


ni yang aku buat.yang kaler pink tu,bandung.belah kanan tu,aku letak jem strawbery.nyum2.hihi.siap juga.sambil buat,sambil soal jawab dengan huda yang tak sabar nak rasa.:D


Friday, September 4, 2015

Maqlubah



Setelah hampir setahun xupdate.today,nak kasi resipi nasi maqlubah.maqlubah maksud dia terbalik.biasa arab akan terbalikkan nasi tu dalam talam tapi aku xde la plak talam besar2 jadi aku ambil nasi mcm biasa.

Bahan:
Rempah maqlubah
Beras
Kubis bunga
Kentang
Terung(kalau suka)
Ayam
Daun sup
Buah pelaga
Bawang
Garam
Gula

First sekali,kalau guna beras basmati,kena rendam dulu.kalau macam aku guna beras biasa je,xperlu rendam la.terus gaul dengan rempah maqlubah.
Rempah maqlubah aku bawak balik drp jordan.tp kat malaysia pun ada,xperlu terbang ke jordan semata sebab rempah.haha
 ini beras yg dah digaul dengan rempah maqlubah.

Then,buat sup ayam.kalau xnak buat pun xpe.tp aku suka rebus dulu ayam tu untuk ambil stok ayam.ada orang suka guna kiub je,tp kurang kaw la guna kiub.untuk yang buat dari kiub je,ayam tu terus perap dengan rempah maqlubah dan garam,then goreng.so aku alang2 da rebus tu,buat sup terus la.
     1.tumis bawang putih,bawang     besar sampai garing2 skit,masukkan ayam.
     2.bila ayam da putih,masukkan air,daun sup,buah pelaga,garam dan gula secukupnya.
     3.bila dah mendidih,keluarkan ayam (its ok kalau ayam kurang masak).tapis.

sup ayam.masa ni aku dah keluarkan ayamnya.

Untuk ayam pulak,perap ayam dengan garam dan rempah maqlubah.bagi aku,xkisah berapa minit,hentam je.da sampai masa,goreng aje.:D
Sambil2 tu goreng jgk kubis bunga,terung,kentang yg da dibersihkan.
ayam yang da diperap
 kentang dan kubis bunga yang digoreng


lepas tu goreng ayam.nak bakar pon boleh.boleh jugak ganti ayam dengan daging.


ok.lepas siap semua yang di atas,ambil periuk nasi,susun ayam yang da di goreng,lepas tu susun plak sayur2 yang digoreng td.last beras yg da digaulkan dengan rempah.lepas tu masukkan stok ayam td secukupnya.




sementara menuggu nasi masak,boleh la potong2 sayur sikit.gaul2 dengan lemon dan garam.kalu suka letak daun ketumbar dan pudina sikit.aku suka makan dengan sambal.aku buat macam nasi ayam tu je.tp suami aku suka makan pure je.dia suka rasa asli tu.hihi.
dalam 15-20mins tunggu,nasi pun  masak.tadaaa,ni aku punya.hehe.


selamat mencuba!:D

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/Ψ«ΩˆΩ… bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...