Saturday, September 6, 2014

My little girl

Salam.hr ni nk kenalkan my lovely daughter.sbb sebelum ni xpernah ckp lg pasal nik 'izzah alhuda binti nik muhammad 'aizat.now she 2years old,born on 25th july.ak ltk gmbr terbr tau.hihi

Cheerful,manja,friendly(because she always will be excited when she meet babies or her friends,not really her friend,just at the same age.haha) dan jgk garang.x garang pun,kelakar ad la.ekekeke
Rasa macam sekejap je berlalu,tiba2 da besar da.boleh berlari,panjat2,buat sepah,n sometimes help me to clean n tidy up the room,clothes and her lu3bah.sangat la aktif kcuali time tdo,xsihat (xjgk.kdg2 xsihat pun still boleh aktif =_= ) pandai jugak pujuk umminye.hihi.love u so much
! skrg da kata no kt aku.siap angkat jari telunjuk lg.huhu.

kalau pergi shopping,aku mesti bawa teman sorang kalau x,xleh memilih lama2.haha.tau2 je la perempuan kan....nk tgk harga la,jenis la.apa lg eh
? she is so cuteeee to me.i dont know others feel about huda but i dont care she's my lovely daughter.

ummi sayang huda.walaupun ummi selalu marah huda.lebih2 lagi time ummi stress,huda jgk yg kena tempias.kesian huda.sorry
! tp kite ad je main sama2 kn..makan sama2...huda ngs ummi pujuk,ummi ngs huda pujuk..jalan2 sama2.ke mana ummi berjalan2,mesti huda ad sekali.hihi.

she is sleeping right now.so i bolh blogging dgn tng.hihi.tp nk tdo da.12.30mlm da kt sini.need to sleep.bye2
!

Monday, September 1, 2014

hakikat keimanan (ayat 14-18 surah al hujurat)

Bismillah...
قَالَتِ الأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya : “Orang-orang Arab Badwi berkata; ‘Kami telah beriman’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kamu belum beriman’, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja; ‘Kami telah Islam’. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Al-Hujurat:14)

Berkata Ibnu Abbas r.a, ayat ini diturunkan berkenaan perbuatan Arab Badwi dari kabilah Bani Asad. Di peringkat awal mereka masuk Islam, mereka berkata, “Kami telah beriman.”

Mereka juga berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Orang-orang Arab memerangimu (wahai Muhammad), sedangkan kami tidak memerangimu.” (Mukhtasar Ibnu Kathir)

Mereka berkata demikian kerana mengira bahawa keIslaman mereka merupakan jasa dan bakti yang besar di sisi Rasulullah s.a.w, dan seharusnya baginda terhutang budi terhadap perbuatan mereka. Lalu Allah menurunkan ayat ini bagi meluruskan hakikat sebenar martabat keimanan di sisi-Nya.

Firman Allah Taala:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat:15)

Dalam ayat ke (15) di atas, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatu at-Tafasir”menyatakan bahawa ada tiga ciri utama umat beriman, iaitu;
1-    Membenarkan Allah dan Rasul-Nya. (  إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ )
2-    Tidak syak dan ragu. (ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا  )
3-    Berjihad dengan harta dan diri. ( وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ )

Sementara itu Sayyid Qutb menerangkan hakikat iman melalui tafsiran ayat ini bahawa sebenarnya kitalah yang perlu bersyukur atas nikmat-nikmat iman yang dikurniakan oleh Allah, kerana Dia-lah yang melimpahkan hidayah kepada kita dengan menunjukkan jalan keimanan.

Firman Allah Taala;
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya : “Katakanlah (kepada orang-orang Arab Badwi itu wahai Muhammad); ‘Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata; ‘kami telah beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Hujurat:16)

يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُل لّا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلامَكُم بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maksudnya : “Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka); ‘Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat:17)

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hujurat:18)

Surah ini ditutup dengan pernyataan bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang ghaib di langit dan di bumi, bererti Dia (Allah) mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati dan mengetahui hakikat perasaan. Pengetahuan Allah terhadap manusia tidak bersumber kata-kata yang dilontarkan oleh lidah mereka. Tetapi, dari perasaan yang terbit halus dalam kalbu mereka. Ini merupakan peringatan yang cukup jelas agar kaum Muslimin tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya sebagaimana pesanan pertama surah ini.

Tuesday, March 4, 2014

daging masak halia

salam,da setahun lebih sikit x menaip kt blog.rse mcm pelik plak bila bkak.mcmmmm 'ehh ak ad blog ke?' haha.what the krik krik krik..kriuk kriuk pun boleh.haha da lama xmakan makanan ringan kt jordan ni import dr thai xsilap.kt packing dia ad tulis kriuk2,nme sebenar ap entah.

Tajuk etah apa2 jugak.mood frozen i think?lol..winter yg xtentu,mcm winter skjp,pstu summer kjp.Allah...setakat ni da 2x tgk cite tu.nice story about siblings.elsa n anna.i'm so wowwww when anna is frozen,n elsa come hugs her sister,and then anna alive.haha.the true love is from her famliy member.yessss its so true.air dicincang xkan putus.tbe2 msuk peribahasa.haha.

and yesterday,you know for the first time in three years as wife i made 'daging masak halia'.so simple to made it.i dont know why i didnt do it before this.may be because it is so simple and easy.berlagaaaakk gileee.(sy mmg pandai masak pun,suami saya cakap.:p)

recipe for daging masak halia
-bawang merah
-halia of course
-chili
-capsicum
-salt n sugar
-capsicum
-daging (sila pilih bhg yg xliat)
-oyster sauce
-black pepper
-water
-corn flour

firstly,tumis 3 bhn first.then masukkan daging.bila daging da tukar warna,masukkan 1 teaspoon corn mix with cup of water.then,masukkan black pepper,capsicum,oyster sauce,salt and sugar.kalau nak byk kuah,lebih kan air.pastu boleh tabur daun sup kalau suka.kalau tanya ak,semestinya aku tabur.hehe.cantik skit.

ok,got to go,got to sleep.must change diapers for huda first.1.20am now.huda not sleep yet..esk kls pkl 9.oh nooo.6t kite story about huda.the solihah,zakiyah,jameelah in the house.hihi.

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...