Thursday, February 11, 2021

kenangan covid19

salam! sje je la baru siap masak ni kan.masak apa tu? 

ni menu kite dan anak2 hari ni.last step tu.api dah tutup baru gaulkan dgn extra virgin olive oil.sebab extra virgin ni heating point dia tak tinggi tau.
prawn aglio olio.(kalau korang letak chicken,jadi la chicken aglio olio.)😂

ok lah.kembali ke kepada tajuk.sje je la nak cerita.nk jadikan kenangan covid.hari tu tak boleh nak cerita.sedih.😭

haritu 26/1 suami tiba2 cakap dapat berita sedih.kena kuarantin sebab ada kontak dengan positif.ceritanya masa tu tengah makan kat pantry,jarak dah jaga,cuma masa makan mask tak pakai.kat hospital ni takde tempat persendirian.jadi suami duk dalam kategori high risk.dan suami masa tu ada simptom pulak.jadi suami diarahkan untuk kuarantin di wakaf tapai nun.30min jgk dari sini.

uihh,dah banjir la kite ni.keluarkan bag.sambil kemas sambil nangis..kenangan sungguh.lebih kurang macam masa nak kena pjj dulu.kemas la mana patut.

suami cakap dia risau kat kite.tapi kite risau kat dia dengan tak sihat,kena kuarantin jauh pulak.anak2 pun nangis masa nak pergi hantar naik ambulans.
ni kawan suami yang kena kuarantin sekali sana

ambulans yang bawa pergi sana

try manage semua.alhamdulillah ok.cuba bagi anak2 happy so that diorg tak ingat sangat.umi je lah clingy.hahaha

elok je suami di pusat kuarantin tbe2 ramai staf hosp positif.masa tu tibe2 terlintas Allah nak lindung abi dari covid ni.terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah semua swab test 3x smuanya negatif.
26/1 tu di kira hari first.nak sampai 10hari tu boleh tahan kan.mula2 ingatkan lepas dapat result swab first tu terus boleh balik.rupanya memang kena duk situ sampai 10hari sampai la result swab yang ke3 keluar.

masa tau tu,berhuhu juga la kite.3hari first tu memang banjir la.haha.aku mmg jenis penyedih orangnya.dah tau sebab orang selalu cakap kan.tapi nak buat macam mane.memang takleh control.huhu

jadi bila tahu mesti kena duduk 10hari juga ligat juga la fikir macam mana nak bagi barang2 sebab masa pergi tu kite kemas baju je lah, toiletries.basic je la.mujur lah lengkap barang2 basic tu.ada yang bawa baju dua helai je sebab ingatkan boleh balik awal.huhu

ubat2 tak bawa,syukur diorang sediakan.travel set coffee tak bawa.gelas,sudu semua tak bawa.kitorang memang minum coffee hari2.paling kurang sekali sehari.nak pergi hantar,jauh.nak kena borang permit bagai.jadi cari2 kedai yang boleh hantar barang.alhamdulillah ada.

jadi suami beli la wonda zero dan beberapa barang.sekaliiii tak lepas.tak bagi masuk yang cecair.barang kering sahaja.jadi tukar kepada nescafe gold blend.yg tu boleh..tapi kedai tu xde mug ke thermos ke.jadi aku pun cari kedai yang jual alat lengkap.order dan minta dia hantar.alhamdulillah.happy sangat bila dapat bagi barang walaupun jauh.

makan tak risau sebab kat situ makan 5kali sehari.tak sempat lapar.haha.walaupun ada time tak kena, tak berapa sedap,tapi ok la.
ni roti telur kot.

ada hari makanan dapat banyak.katanya awal2 dulu makanan teruk juga.tapi sekarang ada ngo datang bagi makanan sebagainya,jadi alhamdulillah ok lah sikit.

pejam celik,pejam celik,dah cukup 10 hari.video call pengubat rindu.anak2 pun duk cakap nanti abi balik.ma'mun hari2 cakap esok abi balik k.tak tau dia pujuk diri sendiri ke,pujuk umi.

dua tiga hari sebelum abi balik dia dah mula tak makan,rupa2nya ada ulcer dalam mulut.ma'mun ni kalau dia stress sangat naik ulcer dalam mulut.first time dia naik ulcer masa dapat adik 3bulan kot masa tu.lupe dah.tapi sekarang dah tau kalaj dia naik ulcer,pakai aloclair spray dengan panadol je.sekarang dah baik.kejap je.

so hari ke8 tu terfikir macam mana nak balik.rupanya diorang tak hantar balik.kena usaha sendiri.rumit lah untuk aku dengan anak3 lagi.kalau dekat takde masaalah tinggalkan sekejap,jauh xsedap hati lah pulak.

hari ke9 tu suami tanya dulu orng kat situ macam mana.aku print borang pergerakan ape semua.isi siap2.

hari ke10 pagi tu aku pegi la balai nak amik sign dengan harapan boleh la aku dan anak2 bergerak sekali.sampai2 polis cakap tak boleh.kena tinggal mana2.sebab covid ni tak boleh lagipun dengan anak2.persoalannya adalah kalau tinggal mana2 pun sama je.lagilah kite xtau kan spe pembawa.tapi tkaboleh.dia call orang atas pun tak boleh.dua orang je.jadi xpelah amik sign dua orang je.anak2 aku tanya dah kawan kalau aku nak kena pergi amik.

suami cakap xpe tengok grab dulu.tunggu lah result ke3 keluar.aihhb tak keluar2.tengahari pun xde lagi.aku ni dah redho.mlm baru keluar agaknya.esok pagi lah pergi amik.
petang tu dengan takde line internet tiba2 suami mesej dah boleh balik keluar dah result yang ke 3.aku tengok jam masa tu pukul 5.30.elok je aku tengah siap nak bawa anak2 main kat luar jadi aku cakap pergi ambil terus la.grab xde bayang dah sebab line xde dalam pendalaman juga tempatnya line sokmo kacau.anak2 tinggal kat kawan alhamdulillah ada kawan tolong jaga.semoga Allah segala jasa dan budimu.

first time lah drive kesana pakai waze je.hahatempat tak pernah jejak..syukur lah jalan dia straight je.jalan utama.ada roadblock hala balik.Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.

happy anak2.ummi pun lagi lah happy.😁

kenangan betullah covid ni.huhu.takpe setiap cerita tu ada pahit dan manisnya.
🤗

what doesn't kill you make you stronger.giteeww...













No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...