bismillah walhamdulillah ๐
pagi2 duk fikir nak makan apa.nak makan kat luar tak tau nak makan apa juga.haha.akhirnya terlintas dalam peti ada mi kuning.lama tak makan mee goreng mamak.
jomlah ke dapur.๐
keluarkan bahan2 dulu.mula prep.
mi kuning tu kite suka rendam air panas dua kali bagi dia hilang kaler2,minyak2 tu dan juga supaya tak pahit.pastu sebelum masuk kuali,bilas dulu dengan air sampai nampak air tu bersih.
ok jom mula.
panaskan minyak agak2 la satu senduk. ketuk bawng putih 3ulas.tumis.
masukkan cili blend.ni dah gabung bawang merah+bawang putih+ cili kering dang juga minyak..
tumis..
masukkan udang.
masukkan sedikit kicap lemak manis dan juga sos tiram.tapi kite buh sikit je sos tiram sebab dah letak rasa sifu.dah ada sos tiram dalam tu.suami la tu dia cakap nak try.haha.macam letak sos tiram je.cuma sos tiram versi kering.hhaa gitu.haha
masukkan juga tomato dan juga batang pakchoy.daun dia last ok.kalau nampak kering,boleh la tambah air sikit.sikit je dalam suku cawan je.
lepas dah tumis sebati semua,baru masukkan mi,tauhu,dan daun pakchoy tuu.
gaul sebati semua.ini kalau suami ada sebelah,bagi dia gaul๐ kite gaul sendiri je,sambil selawat,doa baik2.masa masak2 ni mulut jangan huduh..setiap masa pun sebenarnya mulut jangan huduh.jaga percakapan kite.bahasa kite.๐
then,pecah telur dua biji.my rule,pecah dalam bekas lain dulu,baru masukkan ke dalam kuali.untuk elak kulit telur dan juga telur busuk..
masa ni kacau dengan api besar.bagi hangit2 sikit.cara kacau,kaup balik.kalau nak cincai boleh juga.tapi mi jadi nasi la nanti.๐
garam mana garam? garam tak yah letak ye.sos tiram dengan kicap lemak manis dah masin.dah siap! boleh hidang๐
jangan lupa perah lime sikit.๐คฉselamat mencuba.๐๐
No comments:
Post a Comment