Monday, December 27, 2021

resipi udang butter

 bismillah walhamdulillah.

hari ni kite nak share macam mana nak buat udang butter chinese style ni dengan dua step sahaja.sebelum ni sokmo buat 3step.agak leceh kannn..



ok.

first step.

-12 ekor udang kite guna sea prawn.besar2 tapak tangan.

-tepung custard

-sedikit garam dan juga white pepper ataupun orang kite panggil lada sulah.

* gaulkan tepung,garam dan lada sulah.amik udang gaul rata.

*boleh juga ambil sebiji telur kemudian asingkan kuningnya.ambil yang putih sahaja.

celup udang dalam telur putih dan kemudia celup pada tepung guling2kan dia nak kasi rata.

* goreng garing.

second step (reasy siap2 sebelum mula goreng udang)

-3biji telur kuning sahaja.ini bergantung kepada saiz hidangan jugakacau2

-segenggam daun kari

-cili (nak pedas ke tak pedas ke) kite macam biasa lah tak pedas.meraikan anak2 juga.hihi

-bawang putih min 3ulas.lebih xpe..

-garam dan gula.

-butter

*dengan minyak mengoreng tadi juga,masukkan butter,tuang tinggi2 slow2 kuning telur sebab kite nak halus je kuning telur tu turun SAMBIL KACAU MENGGUNAKAN WHISK STAINLESS STEEL.kalau dah biasa buat guna belakang senduk bulat.

*dah siap tuang,masukkan semua bawang putih,daun kari,cili,dan juga garam dan gula.gula sikit je dalam satu sudu kecil sahaja mengikut cita rasa juga lah kann.nak kasi balance.

*sedikan penapis stailess steel dan di bawahnya bekas yang tahan panas.

*agak2 dah perang,tuang je semua2 tu ke dalam penapis.

*agak2 dah takde minyak,boleh tekup penapis tadi atas udang yang telah di goreng.


simple kann.selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...