Monday, January 11, 2021

maqlubah

bismillah.jumaat baru ni kite buat maqlubah lagi.hihi.sebenarnya dah banyak kali buat.memang xkira dah brp kali buat.thanks to kakak2 mutazawwijin jgk mse kat jordan dulu,belajar dengan makcik arab,pastu belajar dengan kakak2 mutazawwijin tu buat sama2
so walaupun dah duk mesia,boleh makan maqlubah urduni lagi.hihi

bukan xde dijual di restaurant nasi arab.tapi sangat rare dan kalau ada pun tak sama macam kat jordan dulu...haha.
lagipun mudah je buatnya kann..jadi meh la kite buat.

mula2 goreng kubis bunga,ubi kentang,terung yang dah digaulkan dengan garam.paling2 kurang kena ada kubis bunga ok! sebab dia yang bawa aroma tu.sambil2 goreng,rebus ayam.aku guna pressure cooker je mudah.ayam,air(agak2 untuk masak nasi nanti,garam, chicken stock klo ada.xde takpe.bay leave klo ada.set 3-5minit 
dah siap,gaul dengan rempah maqlubah dan garam.then
rempah maqlubah aku kirim orang g joden.tp klo xde,guna je rempah maqlubah yang ada tu kan.cuma cara buat macam aku buat.hahah.ok ikut suka,xpaksa.

gaul beras dengan rempah maqlubah,kunyit sikit dan sikit garam.klo korang guna beras basmati rendam dulu dengan air kunyit.

biladah siap semua,kite susun la ok.sebab nanti kite nak terbalikkan dia.baru la sesuai dengan namanya.gtu.haha
ayam dulu
sayur2 goreng
barulah beras dan air rebusan ayam tadi.aku goyang2 sket kasi rata,sekali sayur tu timbul laaa..😂
pastu masukkan dalam periuk nasi cam biasa.

dah siap,amik talam ke,atau apa2 bekas yang besar sikit dari periuk tu,then terbalikkan dia.pastu angakt periuk nasi tu.so ayam tu dah duk diatas balik.haha

boleh makan dengan salatah dan yogurt.

SALATAH ARABI 
tomato
timun
salad
lemon
daun ketumbar
garam

-campur semua dalam satu bekas dan sebatikan.siap!

kalau suka makan dengan syattoh pun boleh buat.macam sambal skit tu kan.

SYATTOH
cili hidup
cili padi kalau nak pedas
tomato
daun ketumbar
garam
lemon skit
 - masuk dalam blender,blend je semua tu.siap! sebentar cuma.sepantas kilat..gituh..kiki

ok.selamat mencuba tau!
teaser skit mcm mana rupenye,haha.bgi semangat sket.

No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...