Monday, December 27, 2021

resipi udang butter

 bismillah walhamdulillah.

hari ni kite nak share macam mana nak buat udang butter chinese style ni dengan dua step sahaja.sebelum ni sokmo buat 3step.agak leceh kannn..



ok.

first step.

-12 ekor udang kite guna sea prawn.besar2 tapak tangan.

-tepung custard

-sedikit garam dan juga white pepper ataupun orang kite panggil lada sulah.

* gaulkan tepung,garam dan lada sulah.amik udang gaul rata.

*boleh juga ambil sebiji telur kemudian asingkan kuningnya.ambil yang putih sahaja.

celup udang dalam telur putih dan kemudia celup pada tepung guling2kan dia nak kasi rata.

* goreng garing.

second step (reasy siap2 sebelum mula goreng udang)

-3biji telur kuning sahaja.ini bergantung kepada saiz hidangan jugakacau2

-segenggam daun kari

-cili (nak pedas ke tak pedas ke) kite macam biasa lah tak pedas.meraikan anak2 juga.hihi

-bawang putih min 3ulas.lebih xpe..

-garam dan gula.

-butter

*dengan minyak mengoreng tadi juga,masukkan butter,tuang tinggi2 slow2 kuning telur sebab kite nak halus je kuning telur tu turun SAMBIL KACAU MENGGUNAKAN WHISK STAINLESS STEEL.kalau dah biasa buat guna belakang senduk bulat.

*dah siap tuang,masukkan semua bawang putih,daun kari,cili,dan juga garam dan gula.gula sikit je dalam satu sudu kecil sahaja mengikut cita rasa juga lah kann.nak kasi balance.

*sedikan penapis stailess steel dan di bawahnya bekas yang tahan panas.

*agak2 dah perang,tuang je semua2 tu ke dalam penapis.

*agak2 dah takde minyak,boleh tekup penapis tadi atas udang yang telah di goreng.


simple kann.selamat mencuba!




Thursday, December 2, 2021

Nugget tempura

 Bismillah..

Hari tu cuba resipi dari myrasa ni.sedap dan jadi.link asal tak jumpa dah.jadi sebelum lupa kita catat sikit kat sini.

Bahan2 diperlukan:

Semestinya isi ayam 700g

Telur sebiji

Tepung ubi 3sudu besar

Sedikit black pepper

Bawang putih 3ulas

Bawang merah sebiji

Secubit garam dan perasa

Caranya

1.blend semua dalam processor atau dalam blender kering.jangan letak air tau sebab tu kena pakai yang kering.kalau pakai yang jug tu nanti tak pusing dia.

2.panaskan pengukus.

3.sapu minyak pada loyang menggunakan brush.nak lapik baking paper pun boleh.

4.masukkan ayam yang dah kite blend tadi dengan semua bahan lain.




5.kukus 30minit atau sehingga masak.

Bila dah dah siap,

Rupa dia bila masak.nanti potong atau tekap bentuk yang kita nak.

6.Bancuh tepung serbaguna.yang ni ramai tanya tepung apa? Tepung goreng tuu.kite pakai tepung sri aji tu.kalau takde.boleh je buat sendiri.no hal.hihi

Bancuh tak pekat,tapi tak cair.

7.panaskan minyak.potong isi ayam yang dah kukus tadi,celup bancuhan tepung serbaguna tadi dan goreng.

Jika nak bekukan cukup sekadar goreng sekejap je.tak perlu garing.

8.buat sampai habisss😁

Ni separuh yang dibekukan.msa tu la.hari ni dah licin dahh..🀣 alhamdulillah

Selmat mencuba ye.😊

Saturday, November 6, 2021

mee goreng mamak

 bismillah walhamdulillah 😁

pagi2 duk fikir nak makan apa.nak makan kat luar tak tau nak makan apa juga.haha.akhirnya terlintas dalam peti ada mi kuning.lama tak makan mee goreng mamak.

jomlah ke dapur.😁

keluarkan bahan2 dulu.mula prep.

mi kuning tu kite suka rendam air panas dua kali bagi dia hilang kaler2,minyak2 tu dan juga supaya tak pahit.pastu sebelum masuk kuali,bilas dulu dengan air sampai nampak air tu bersih.

ok jom mula.

panaskan minyak agak2 la satu senduk. ketuk bawng putih 3ulas.tumis.

masukkan cili blend.ni dah gabung bawang merah+bawang putih+ cili kering dang juga minyak..

tumis..

masukkan udang.


masukkan sedikit kicap lemak manis dan juga sos tiram.tapi kite buh sikit je sos tiram sebab dah letak rasa sifu.dah ada sos tiram dalam tu.suami la tu dia cakap nak try.haha.macam letak sos tiram je.cuma sos tiram versi kering.hhaa gitu.haha


masukkan juga tomato dan juga batang pakchoy.daun dia last ok.kalau nampak kering,boleh la tambah air sikit.sikit je dalam suku cawan je. 


lepas dah tumis sebati semua,baru masukkan mi,tauhu,dan daun pakchoy tuu.

 

gaul sebati semua.ini kalau suami ada sebelah,bagi dia gaulπŸ˜† kite gaul sendiri je,sambil selawat,doa baik2.masa masak2 ni mulut jangan huduh..setiap masa pun sebenarnya mulut jangan huduh.jaga percakapan kite.bahasa kite.😁

then,pecah telur dua biji.my rule,pecah dalam bekas lain dulu,baru masukkan ke dalam kuali.untuk elak kulit telur dan juga telur busuk..

masa ni kacau dengan api besar.bagi hangit2 sikit.

cara kacau,kaup balik.kalau nak cincai boleh juga.tapi mi jadi nasi la nanti.πŸ˜†

garam mana garam? garam tak yah letak ye.sos tiram dengan kicap lemak manis dah masin.

dah siap! boleh hidang😁

jangan lupa perah lime sikit.🀩

selamat mencuba.πŸŽ‰πŸŽ‰

Thursday, November 4, 2021

spaghetti tuna

bismillah walhamdulillah 😁

sebelum delete,kite share dulu lah.rasa macam dah pernah share.tapi takpe.ni versi 2021.πŸ˜‚

mula2 semestinya kena rebus spaghetti dulu.buh minyak dah sedikit garam.dah siap tapis dan bilas dengan air sejuk.barulah xmelekat2.
ni tuna tahap 2 je cili dia.kang pedas anak2 tak makan.
potong bahan2 skit.amik je ap yang ada dalam peti ais.biasanya,boleh tambah sayur lain lagi macam carrot,mushroom,celery.tapi tu je yg ada masa tu,layannnsss.😁 tumis...masukkan segala bahan tadi

masukkan tuna.kalau buat buat banyak boleeh guna 2tin.kalau suka pedas boleh tambah cili atau korang beli yang rate cili dia tinggi lagi.kacau2....

masukkan spaghetti dan daun ketumbar.
kite letak tomato sauce sket..gaul sebatii.baru kuatkan api.masukkan sedikit garam.kacau2 rata.ready untuk hidang..

siap hidang.boleh makan.alhamdulillah.
selamat mencuba!

Wednesday, November 3, 2021

Resipi Churros

Bismillah walhamdulillah 😁

duk scroll photos gallery yaAllah ternampak churros pulak dah.

kat sini hujan dari pagi.sejuk2 ni memang terliur je semua benda.πŸ˜‚ tapi memang mind tengah kuat untuk diet.haha.sebab dah over kann kena lah berhati2.gituu..

alang2 dah terjumpa gambar tu kan.meh kite share resipi dia.untuk orang xdiet boleh la la buat ni.diet pun sekali sekala cheat dayπŸ˜‚

                                first step:

2cawan air,
satu sudu kecil garam,
2sudu besar gula,
2 sudu besar butter
#panaskan dalam periuk sampai didih

2nd step : 
masukkan 2 ½ cawan tepung gandum.
#kacau laju2 sampai sebati.tutup api.

3rd step:
masukkan  sebiji telur dan juga esen vanilla.kacau2 sampai la jadi satu adunan tak lembik tapi tak keras.

step 4:
adunan dah cantik,masukkan ke dalam piping bag guna nozzle churros tu.cantik.beli kt shopee dari china je.haha
nozzle pecah macam tu.ape tah nama dia.lupa.hahaha.dia ada kod2 dia 

selamat mencuba!

roti pandan kelapa

bismillah walhamdulillah...

roti yang viral sekarang ni.pkp ni mcm2 viral.bila viral,terus orang cari kat kedai.jadi susah nak dapat.

senang2 buat sediri je.bm dah ada.nak uli tangan pun no hal.

saiz buku comel buat 250g tpg,saiz besor boleh buat 500g tpg.

 sebiji telur

240g air sejuk

tepung hp 400g( boleh buat 500g)

tpg wholemeal 100g (ni mmg dah sebati dalam hidup)

pure butter 60

2-3sdk stevia ( klo suka manis boleh up lagi)

garam 6g

susu tpg 2sdb 

bread improver 2tsp

yis 6g

masuk semua uli samp


tu buat letak gula melaka.tapi bila rasa yang ori,dia letak kaya rupanya.hahah.okeh.bila2 kite dot2 kaya plak 😁

lepas siap uli tu,korang amik,canaikan,dot2 dan gulung.bagi naik 2kali ganda.baru bakar.roti wajib naik.klo pizza xpe xtunggu naik 2kli.
pastu bila nak makan toast sikit.baru umphh. coffee tu suami hidangkan.thank you🀩πŸ₯°

edit draft je ni.haha.bizzaman dah πŸ˜‚


Wednesday, June 2, 2021

daging goreng kunyit

hai dan Assalamualaikum!!!

ingatkan dah tulis resipi ni dalam blog.search takde pula.

ok here i come with classic menu.hahaha.originally learn from my husband then in in malaysia learn it from mother in law.haha then i just cook it the way i want.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ok yallah.

bahan2
daging
bawang merah
bawang putih
cili
kunyit 
garam

letak kuali atas dapur.masukkan daging,kunyit dan garam.gaul2.

biarkan seketika sehingga air daging agak kering.kejap2 godek2 la dia ok.

bila dah agak kering,masukkan minyak agak2 hampir menutupi daging tu.
minyak tu kita prefer guna minyak olive oil sebab kite makan sekali dengan minyak tu.hehe.kalau ada lebih,simpan letak pula dalam nasi goreng.pehhh

masukkan bawang merah.gaul2 jap.bagi bawang merah layu.

haaa why bawang merah dulu? bukan bawang putih dulu? sebab putih cepat hangit.

bila dah layu baru kita masukkan bawang putih dan chili (ikutlah korang nak chili jenis apa.)

gaul2 sampailah depa garing seperti yang dikehendaki.up to you nak garing kaw2 ke macam mana.

ok siap.boleh makan.😁

ku bagi gambar dari kuali lagi haa.special.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

selamat mencuba!





roti jala

resipi mudah je tapi untuk mudah nak cari nanti.kite buh sini.hihi

3cawan tepung gandum
3cawan air
sebiji telur
sdikit garam
dua sudu minyak

mix sampai tak berketul.

masukkan dalam acuan..acuan ada banyak jenis.kite pakai yabg 5lubang tu.

panaskan pan yang tak melekat.
kalau pan yang lama2 tu season kan dia.
sapukan minyak pada pan sapu tau hukan tuang.dan panaskan.lepas2 tu takbyah buh minyak pun xpe..

pastu,

apalagi? menjala lah kitee.haha

siappp.layan makan dengan kari atau kuzi ayam🀀

selamat mencuba.

Sunday, May 30, 2021

roti arab/ roti campak

steady ye tranung kite dgn pelbagai kluster 😬 pkpd la kite hor.

lama dah nak kongsi.tapi xdang.πŸ˜‚.resipi kite hari ni roti campak.

2cawan tepung
2cawan air
sikit yis
sikit garam
sikit soda bikarbonat
sikit baking powder.

yang sikit2 tu agak2 lah sesudu kecil gitu.campak2 je.

buh dlm satu bekas yang kering2 tu aduk2 sikit kasi rata.guna mixer boleh,tangan pun boleh.no hal.

masukkan air sikit2.uli sampai jadi doh.

jangan berhenti kat situ je.

uli lama sikit.nyet2 dia.lipat2.sampai licin,rata,tak menggerutu.apa lagi?haha semua roti memang kena uli sampai licin tau tips dia.

doh mmg agak lembut.tabur tepung pada penggelek dan tempat kite nak gelek tu.macam chef2 roti tu.tapi jangan eksyen sangat.

ok.bahagi kepada 4.kalau buat double adunan,double la bahagian dia.bulat2.gelek dia

panaskan pan,dah panas elok.boleh mula masak.

kembung elok tu,berjaya lah tu.kalau kembung sikit2 tuuu boleh laa.😝 sila cuba lagi dan lagi.tapi jangan dibuang.sedap juga dimakan.cumanya texture dia berbeza.kena tambah masa uli kasi licin lagi.
seronok tengok dia naik pop2.hehe

boleh makan dengan hummus.
nak treat as roti tempayan pun sedap.😁

selamat mencuba!

Tuesday, March 9, 2021

coretan bekal

Assalamualaikum!!

alhamdulillah dah dua hari sekolah dibuka.alhamdulillah.sungguh belajar secara bersemuka lagi menyeronokkan.

dan umi macam biasa,making bekal.hihi.bekal ni tak susah pun.mudahkan umi juga nak makan nanti.

cuma kena bangun awal sikit lah dari biasa.sejam awal paling kurang.5.30 tu kena mula dah masak.bukan 5.30 tu baru nak termenung,snooze phone.πŸ˜‚

selalu orang tanya tips dia.dari dulu hingga kini.haha

1)plan menu

2)keluarkan barang sebelum tidur.
kalau barang2 fragile,letak di chiller.
** sila tudung(tutup) ye barang kalau ada letak di luar

3)plan dalam kepala nak buat apa esok tu.first step,2nd,3rd dan seterusnya.nak siapkn terus sikit2 pun boleh.potong2,rendam,basuh.

4)jam dinding mesti ada di dapur.target mesti ada.

5)bangun ikut alarm haha.

6)masak seperti yang dirancang.masa ni memang kepala sarat dengan step2 mana nak buat dulu.

belajar untuk masak dengan pantas tapi sedap,kemas dan teratur.jangan pulak nanti nak masak cepat sangat tapi sinki bersepah,keadaan pun huru hara no no no ok.

sebelum mula masak buka satu plastik rokrak mydin tu ha letak tepi ke depan ke papan pemotong tu. setiap kali ada sampah buh dalam tu,dah siap masak,ikat buang dalam tong sampah.

menu 2nd day
menu 1st day.

that not sausages.its meat loaf.sausages xsedap letak dalam masakan tau.

coklat tu saje bagi excited sikit.cakap ada surprise.sebab mood berdebar nak pg sekolah.haha.biasa tak bagi pun.lagipun tu umi punya.hahaha.umi pun jenis jarang makan.dah lama beli.πŸ˜‚

sje je cakap.sebab orang ni kan,pantang tengok nak komplen je.contoh tengok orang bawa bekal nugget.mula la komplen uiiii bawa nugget tinggi garam! msg!barang fast food tak bagus!

boleh tak fikir positif skit? mungkin maknya tak sempat.anak kecik,kerja lagi.tapi cuba bangun awal panaskan api,goreng.atleast she know what brand of the nugget,the ingredients..halal etc..much better dari anak korang yang pergi makan nugget xtau dari mana,minyak goreng yang dah berminggu...or amik kt kawan yg bawa tu.haha 

sje je bleber.

benda memang kurang bagus.kena kurangkan.tapi takleh nak sekat terus lagi2 bila dah masuk sekolah.bukan macam masa fully duk rumah kann..

lagipun kite xtau hal orang kan.mana tau tu nugget dia buat sendiri.dia frozenkan.orang klo terer masak,rupe pun mcm yang kedai tau.

mana tau dia beli yang frozen tapi yang no msg,yang natural ingredients orang kata.banyak pilihan kan sekarang.

takyah nak komplen orang la.tengok diri sendiri,anak2.

ni sekali tengok je,terus pompam.

ok lah.sekian beleber untuk hari ni.πŸ˜…



















Thursday, March 4, 2021

hobi baru; menanam

hehe.sje je mengisi masa lapang.anak2 tido lagi pagi ni.jarang2 dapat tau.diorang ni morning person.

tadi breakfast dengan habibi qalbi,pastu tengok2 pokok dan basuh telur.rumah dah vacuum sebelum tidur semalam.😁 sebelum naik tadi dah keluarkan barang basah nak masak nanti.

ada ke yang macam kita? basuh telur sebelum simpan dalam peti.banyak pendapat telur ni kan.tapi kite prefer basuh pastu simpan dalam peti.mudah nak guna nanti.peti pun bersih.xdela taik2 ayam pun masuk peti.

baru ni eh minguu lepas kot.tanam pokok kononya.hahaha.penangan duk join group berkebun di fb.hari2 tengok sukanya tengok orang tuai hasil pokokkπŸ˜…

jadi mula la duk cakap dengan suami.
i:jom tanam pokok tomatoπŸ….macam best je.budak2 suka makan tomato.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
s: tomato beli dekat kedai je banyak.kikiki

pastu ada hari tu,baru balik dari beli barang.ada daun sup.ada akar.sebeluk2 tu pulak memang ada duk tengok orang cerita pasal pokok daun sup.pastu ap lagi trus buat.

potong semua daun sup nak guna pastu rendam akar dia dalam air.akar je tau.jangan kasi kena batang dia.
tadaaaaa.jelas kannnn.....
s: waaah dah naik pokok umi.
u: kan lepas ni nak tanam tomato la.
s:nak tomato ke? beli je kat kedai banyak.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

dan pokok ni dah mati.sob2.tapiiiii

hubby i dah support hobby baru itew.dah tambah2 beli yang lain.hoorray!!

parkchoy dan timun.

sekarang dah makin subur.timun tu pun dah ad daun.parkchoy tu semua hubby dan anak2 letak.πŸ˜‚πŸ˜… selamat bersaing la ye pokok.haha.

nanti nak kena alih2 pula.cr pasu besar.aii makin seronok.pagi2 mengadap ni dulu.hihi.sekarang rutin pagi petang.haha
bukan tak busy.busy sangat.kadang nak minum air pun tak ingat.masuk toilet tu tak yah cakap la kan kecuali tergesa2.haha.

ok.nnt kite sambung lagi pasal hobi baru ni.

Sunday, February 14, 2021

kek coklat moist

hari ni kite nak update resipi kek coklat moist...yummy!

selalu kalau nak moist orang suruh guna pengukus.tapi rumah kite xde pengukus besar untuk kek.kecik2 setakat nak kukus dimsum,pau tu ada la.hehe.

jadi kite guna oven! boleh tau! jangan risau.hehe.

ok mula2 

ambil periuk,masukkan
*satu cawan susu
*satu cawan minyak,
*satu cawan serbuk koko,
*satu cawan susu pekat,
*dan setengah cawan gula.
# kacau atas api perlahan.jangan sampai mendidih bagi dia larut je.kite guna serbuk koko van houten ni memang cantik dan pekat rasa dia.
ketepikan.

panaskan oven.didihkan seliter air.masukkan dalam loyang hitam.kedudukannya bawah para yg kite nak letak kek nanti.

sediakan 4biji telur.putar atau blend sampai kembang.
ayak secawan tepung gandum bersama satu sudu kecik soda bikarbonat dan baking powder

last masukkan semua(adunan coklat,tepung) kedalam blender atau mixer telir tadi,putar sehingga sebati.

sapukan butter pada loyang.kalau ada parchment paper boleh guna.lagi mudah nak basuh nanti.

tuangkan adunan kek tadi kedalam loyang.

ni loyang 9 inch.rendah sikit kek.klo nak tinggi boleh buat satu stgh adunan.ataupun boleh guna loyang kecik sikit 7inch mungkin.tapi kite ada loyang 4,6,9 je.7 xde.jadi kite guna je lah 9.hehe

masukkan dalam oven yang dah panas tadi.bakar pada suhu 160-170 selama 45minit. atas oven masing2.bila dah siap tu amik lidi,cucuk.paatikan xde melekat,boleh tutup oven.

nampak tak kedudukan dia.
dalam loyang hitam tu ada air mendidih.kek dalam loyang tu di bahagian atas.
boleh dimakan dengan coklat sos
atau dengan cream cheese dan choc ganacheok.sila lah cuba!

Saturday, February 13, 2021

resipi kinafah khishnah

ok tadi mansaf.ni nak isi resipi kinafah khisynah pulak.

kinafah ni ada dua jenis,satu yang ini dan satu lagi namanya nae'mah lembut  atasnya.yang kite buat ni crunchy.

korang hanya perlukan
*kunafa
-kataifi pastry
-unsalted butter (cairkan)
-cream cheese /ricotta cheese
-mozarella
-pewarna oren
-kacang pistachio

*syrup rose
-rose bud
-sugar
-air in

ok.mula2 sapu butter pada loyang.

then...

kataifi pastry ni gaul dengan butter cair dan sedikit pewarna oren.tak de pewarna pun ok cuma kurang cantik lah.xmcam kedai.gitu.haha

dah siap,buat satu lapisan pastry ni.

taburkan cream atau ricotta cheese dan mozarella.terbaik guna akkawi cheese.tapi kat terengganu ni jupe cheese selain mozarella dan cheesedale tu pun dah syukur sangat.haha

ok dah siap tabur cheese,buat satu lagi lapisan kataifi pastry tadi atas cheese tu.bagi rapat2.

masukkan dalam oven atau air fryer suhu 160/170 selama 30minit.

kalau buat dalam kuantiti banyak guna oven lah.kalau buat sikit je.guna air fryer.ni loyang saiz 4inchi.6inchi pun muat ni.
sementara tu panaskan dua cawan air dan rose bud.
masukkan ⅔ cawan gula.kalau suka manis boleh lebihkan lagi gula tu.

kacau la sikit kan.sampai mendidih..

sambil2 tu cincang pistachio..

ting!!!! air fryer dah siap bekerja.
keluarkan kinafah kite dari air fryer.taburkan kacang pistachio.tuangkan syrup rose tadi..

boleh makan.πŸ‘πŸ€€πŸ€€πŸ‘πŸ₯°
 boleh cuba tau! ! mudah sangat ni.






mansaf urduni

Assalamualaikum!
banyak nk berkongsi.tp kite kongsi satu2.ada masa kite type.gitu la.

lama dah xbuat mansaf.dulu pernah buat.siap buat video lagi.haha.tapi kat facebook la. sekarang rse leceh nk ambil video.sebab nk cepat dan kadang2 sambil masak anak penuh kat kakiπŸ˜‚
lagipun mudah type kat sini.baca je.hihi

ok kite mula yee.
first
rebus daging kambing bersama bay leaves,garam dan rempah mansaf.kalau takde rempah boleh ganti dengan kunyit dan jintan.
rebus sampai empuk atau guna pressure cooker selama 30-40minit.

untuk nasi,beras biasa campo dengan beras calrose ataupun kite panggil beras sushi tu.kite guna satu cawan beras yang kite selalu pakai dengan satu cawan beras calrose.

nak guna semua beras calrose pun boleh.xde masaalah.mmg asal semuanya guna beras pendek tu.

letak beras,rempah mansaf skit dan juga kunyit sikit.masukkan air rebusan kambing tadi secukupnya untuk beras korang masak la.

untuk kuah laban,kite perlukan laban atau melayunye yogurt.haha yang natural k.klo yg ada perasa nanti konfius plk nak buat air ke ape.😝
ape2 brand pun boleh janji natural.
masukkan yogurt dalam periuk.kacau kasi tak berketul.

masukkan air rebusan jgn byk sgt.agak2 je naknkuah byk mana,dan xcair sangat.sedikit air rendaman jameed(kalau ad,xde xpe,xeffect sangat).tapi boleh cari online kot.yang kite ni beli masa pergi kl dulu.pstu simpan dalam peti.hehe

jadi macam ni la lebih kurang.siap!

nasi dah siap,amik,letak susun.tabur gajus or ape2 kacang je,dan daun parsley..nak cantik beli daun parsler omputih tu.hehe

siap boleh makan.senang sangat kann.hihi
selamat mencuba!

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/Ψ«ΩˆΩ… bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...