Wednesday, January 20, 2021

kerabu megi

hari ni kita nak buat kerabu megi.sokmo klo pergi kedai thai atau pergi pantai ke mesti ada orang jual dan mesti nak beli.

dah lama sebenarnya nak buat.tp asyik  tak terbuat je.
jom buat!

mula2 didhkan air dalam periuk.
celur mi megi,diikuti dengan udang,sotong,segala jenis yang kite nak gaul nanti.sayur pun kite celur jgk bagi lembut sikit,mati kuman..haha

mi megi yang dah celur.kite guna megi serda yang merah tu.
buh seafood.sosej2 tu klo suka buh la.kite kurang sikit sosej2 letak dalam masakan.

masukkan sayur.carrot,tomato,daun ketumbar..korang boleh tambah kubis purplr ke,putih ke.ikutla.yang ada dalam peti.hihi

perencah megi serda tadi dan juga perhan limau.
masukkan juga sos tiram/sos ikan

dan kacau2,gaulkan diorang sampai sebati.

siappp!! boleh makan..nak pedas boleh tambah cili potong.
selamat mencuba!


bekal 2021

hai2.pd readers.haha..spe yg bce tu.xkisah ada ke tak sebab saya buat blog ni hanya sebagai alat alih fokus dari tugas2 rumah.kadang2 tambah ilmu,ada time blogging,ada time tonton drama..selain daripada berkongsi apa yang patut,mudah juga saya nak cari menu2 nak masak nanti haha.yang pasti suami saya mesti baca sebab dia my number one fan! πŸ˜‚πŸ˜

tapi tengok pada traffic tu berjalan juga.jadi harapnya apa yang dikongsi ni bermanfaat untuk semua.

ok lah.balik kepada tajuk...

dah lama duk terfikir bila la nak mula buat bekal ni.sekolah dah nak mula.nak kena praktis bangun awal masak2.

tapi sekolah tak buka kan.hanya sekolah di rumah.tapi suami tetap kena pergi kerja.banyak hari tak sempat makan.balik rumah lapar sangat.nak order pun tak sempat.sebab order pun ambil masa untuk makanan sampai.makanan sampai sibuk balik.

dulu sebelum covid,memang bawa bekal atau makan siap kat rumah.tapi sejak covid,tak masak dah sebelum subuh.anak2 pukul 9 baru makan.so pukul 8 baru aku masak.

tapi bila dengar,selalu tak sempat makan ni,tak sedap je hati.jadi gane2 pun mari lah kite buat bekal walaupun sekolah tak buka.hihi..semoga suami gembira dengan bekal yang isteri bekalkan.begitulah tugas isteri gembirakan suami dan anak2.suami pun membahagiakan isteri dan anak2.sama2 lah kan.

jadi solusi yang nampak mmg bekal terbaik.ada masa free terus makan,xyah tunggu makanan sampai,tak perlu nak fikir makan apa,nak cari kedai lagi..

bekal bahagia.


bekal bahagia 1
nasi ayam je
xd kicap dan buah.kelam kabut.hhahah

bekal bahagia 2
2nd day tak kelam kabut dah.anak2 pun sebelum pukul 12 dah tido.
nasi putih
daging goreng
tomyam  sayur
buah epal merah

bekal bahagia 3
nasi putih
udang masak merah
sayur goreng
tempe goreng

feel so good....hahaha...jumaat start pkp.belum start lagi dah sakit kepala.hhaha

oklah.nanti ada masa kite update lagi bekal kite.sekian!



Saturday, January 16, 2021

ayam masak ungkep

bismillah...
ni first time kot masak dan makan.sllu dengar je.sedap jugak.rasa dia unik.haha
ok.mula2 kita tumis serai dan lengkuas dan juga halia.lepas tu masukkan ayam.biar dia sampai masak.
sambil2 tu blend bawang,jintan manis,ketumbar, kunyit,cili..ayam dah masak,ketepikan dia kat tepi tu.tumis bahan yang dah kite blend tadisampai naik minyak

masukkan air dan ayam dan juga asam keping.jgn lupa letak garamtutup periuk dan sesekali intai la.sampai agak pekat tu haa.siap la.

makan dengan pulut lemak cenggini.adui.terliur pulak malam2 ni.😭

spaghetti Bolognese

eh2 banyak pulak post.actually byk duk dlm draft.tak siap2 menulis.hahaha.

semalam pulak busy dengan barang baru beli pasar.tak boleh tengok duk selonggok dalam plastik kan.kena siapkan supaya mudah di kemudian hari nak masak.
jadi malam ada masa free.itu pun budak2 ni duk main kat tepi ni.πŸ˜‚

ok kembali pada tajuk.
rebus spaghetti 2minit set low pressure.
tumis bawang holland.

masukkan juga bawang putih,italian mixed herbs dan lada hitam 
bawang dah layu,masukkan daging cincang.tunggu sampai daging masak.masukkan saderi,cendawan dan lobak merah(tambahan je).
masukkan tomato puri satu tin dan air.rasakan dengan garam dan gula.kite letak juga sedikit tomato ketchup bg naik rasa.then tunggu mendidih jap.

klo kat rumah ada parmesan atau cheddar boleh letak sikit.tp kite xde time ni,so tak letak..

ok.boleh makan.tabur mozzarella cheese skit.baru ada kawww.
dig in🀀

siakap tiga rasa

salam pkpb 4th day.hhaha

ok.yang ni dah lama sebenarnya masak.tapi aku dah save gambo siap2.sebab ikan ni menu yang jarang2 masak.sebab suami kurang skit ikan2 ni sebab tulang2 dia yang tajam tu.so biasanya bila masak ikan ni,aku akan perisi ikan tu bagi kat suami dan anak2.hahahha..manjakan diorang..

ok kite mula ye.macam biasa aku suka mula dengan step terus.bahan2 korang line senarai sendiri lah dr step2 tu.hahah.

gaul ikan dengan kunyit dan garam.goreng garing.

hari tu masa beli ikan ni periuk ni xde lagi.jadi aku potong dua.tu yg terbelah tu walaupun kuali tu besar.hhihi

mula2 panaskan minyak,dan tumis bawang besar,bawang putih,halia,serai.

masukkan sikit cili blend.tumis sampai naik bau yang sedap.xde bau mentah.

then tuang air sikit,sos tomato,sos cili dan juga sedikit sos tiram.perah sedikit lemon.

perasakan dengan garam dan gula.tunggu jap sampai mendidih then tuang kan keatas ikan yang dah goreng td.tabur daun ketumbar sikit.siap! 

keluar pinggan ikannya.hahahha


silalah cuba!😁



lala masak lemak

Lala masak lemak cili tak berapi.oleh kerana anak2 masih kecil dan kesian kalau makan pedas nanti kenyang air je jadi aku buat tak pedas langsung.πŸ˜‚

bahan2 untuk dikisar 
-bawang putih
-bawang merah
-lengkuas
-kunyit
-cili hidup hijau
memang tak pedas la kan.haha.klo yang suka pedas buh cili api la.
blend sampai lumat habis
masukkan dalam periuk,dengan serai.
tuggu sampai didih,baru masukkan santan,gula,garam.tunggu dalam 3minit gitu atau sampai lala masak
dia kaler pink bila dah masak.
tadaaa..dah siap..masa ni aku hidang dengan daging goreng juga ulam timun shj.😁

Wednesday, January 13, 2021

hummus

hai2.semalam kite buat stok hummus.sambil2 dengan pm ckp psl darurat..

bahannya mudah je.
-kacang kuda dlm 2 tin atau pun yang dah di rebus.
-bawang putih bakar xde takpe
-tahini ataupun namanya bijan paste
-sedikit garam
-lemon boleh ganti dengan cuka
-extra virgin olive oil
-air secawan utk dua tin kacang kuda.agak2 la nk pekat mana

tahini.ada banyak brand.kalo tak jumpe boleh buat bijan paste sendiri.sangai bijan tu dan blend bijan putih sampai jd paste.tapi kt shopee byk je..konfem jumpa la.haha..lagi2 musim pkp ni makin banyak kedai arab masuk shopee.nak cari falafel instant pun mudah.
evo(org skrg panggil) hahhaa. why not evoo? hahaha 
letak dalam satu bekas dan blend.
dah siap.nak blend dlm blender jug tu pun boleh.mana yang ada lah kan.
dah siap.letak dalam bekas cantik2 tuang evoo atas dia.nanti dah cedok nak makan pun kena letak lg.yg ni letak masa simpan supaya dia tahan lama.nanti bila nak makan,just buat roti je.mudah.hihii..satu lagi hummus ni memang kena buat malam sebelum makan supaya bahan2 dia tu serasi,bila makan tu umphhh..klo tak macam tak cukup bahan gituu.teknik kena ada kan..hhaha

oklah.takleh lama2.nanti kite buh cara nak buat roti campak pulak.ataupun roti rubu3(25sen jordan=singgit dulu time aku belajar) tp sekarang katanya dah naik jadi 45sen.jadi roti 45 la pulak.hahhaha

ok! selamat mencuba!

Monday, January 11, 2021

maqlubah

bismillah.jumaat baru ni kite buat maqlubah lagi.hihi.sebenarnya dah banyak kali buat.memang xkira dah brp kali buat.thanks to kakak2 mutazawwijin jgk mse kat jordan dulu,belajar dengan makcik arab,pastu belajar dengan kakak2 mutazawwijin tu buat sama2
so walaupun dah duk mesia,boleh makan maqlubah urduni lagi.hihi

bukan xde dijual di restaurant nasi arab.tapi sangat rare dan kalau ada pun tak sama macam kat jordan dulu...haha.
lagipun mudah je buatnya kann..jadi meh la kite buat.

mula2 goreng kubis bunga,ubi kentang,terung yang dah digaulkan dengan garam.paling2 kurang kena ada kubis bunga ok! sebab dia yang bawa aroma tu.sambil2 goreng,rebus ayam.aku guna pressure cooker je mudah.ayam,air(agak2 untuk masak nasi nanti,garam, chicken stock klo ada.xde takpe.bay leave klo ada.set 3-5minit 
dah siap,gaul dengan rempah maqlubah dan garam.then
rempah maqlubah aku kirim orang g joden.tp klo xde,guna je rempah maqlubah yang ada tu kan.cuma cara buat macam aku buat.hahah.ok ikut suka,xpaksa.

gaul beras dengan rempah maqlubah,kunyit sikit dan sikit garam.klo korang guna beras basmati rendam dulu dengan air kunyit.

biladah siap semua,kite susun la ok.sebab nanti kite nak terbalikkan dia.baru la sesuai dengan namanya.gtu.haha
ayam dulu
sayur2 goreng
barulah beras dan air rebusan ayam tadi.aku goyang2 sket kasi rata,sekali sayur tu timbul laaa..πŸ˜‚
pastu masukkan dalam periuk nasi cam biasa.

dah siap,amik talam ke,atau apa2 bekas yang besar sikit dari periuk tu,then terbalikkan dia.pastu angakt periuk nasi tu.so ayam tu dah duk diatas balik.haha

boleh makan dengan salatah dan yogurt.

SALATAH ARABI 
tomato
timun
salad
lemon
daun ketumbar
garam

-campur semua dalam satu bekas dan sebatikan.siap!

kalau suka makan dengan syattoh pun boleh buat.macam sambal skit tu kan.

SYATTOH
cili hidup
cili padi kalau nak pedas
tomato
daun ketumbar
garam
lemon skit
 - masuk dalam blender,blend je semua tu.siap! sebentar cuma.sepantas kilat..gituh..kiki

ok.selamat mencuba tau!
teaser skit mcm mana rupenye,haha.bgi semangat sket.

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/Ψ«ΩˆΩ… bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...