Saturday, April 8, 2023

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim..


mayo bawang putih/Ψ«ΩˆΩ…

bawang putih 7biji
telur putih 2bhg
½ sdb garam(kite kurg skit lagi)
½ biji lemon
1½ cawan minyak sayur( kite xde ni jadi kite guna pomace olive oil)

Sunday, March 26, 2023

pizza 2nd ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 4 kan.anak sulung dah bulat2 siap2 hari last puasa di kalendar 🀣 Masa kite kecik2 dulu macam tu la jugak kan.tak sabar2 nak raya.🀭
resipi pizza dah ada.ni kite share resipi topping dia.

Tumis bawang Holland, bawang putih.dah layu,masuk daging cincang.

*Daging cincang kalau nak sedap,kena grind sendiri ye.kalau beli yang dah siap cincang tu boleh jugak,tapi kurang sikit la,dan banyak lemak.

Masukkan cendawan.setakat ni kalau yang tin rex la yang ok rasa dia.kalau tak beli yang fresh je.
Then masukkan sos Bolognese. Nak mudah la.kalo nak susah sikit guna tomato puree,then tambah mixed herbs,
Masukkan juga sos tomato,garam dan gula.air tak perlu ye sebab kita nak pekat.nak jadi kan topping kan.
dah siap,sejukkan.

Lepas tu boleh la buh atas base pizza kita.πŸ˜‹ Ni antara resipi base pizza yang best ye.yang lain tgu masa kite share.haha.

maqlubah menu 3rd ramadan

Menu berbuka hari ketiga kita,maqlubah.dah banyak posting dah.jadi boleh tengok kat sini ye.hehe.
makan dengan salad yogurt.
menu tambahan.eh bergegar pulak.🀣 Beli kat aeon je ni.boleh la rasa dia.tapi ok la.janji xsakit perut je time2 puasa ni beli makanan kat luar,kena hati2 sikit.bukan tak boleh beli kan.boleh sangat,sambil2 support org jual,tapi kena hati2.

Selamat berpuasa.hari kedua xbuh lagi.dah hari ke 3.🀣 Puasa kan,jimat tenaga xyh deletè2 la.go on je.🀣

Semoga ramdhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini.πŸ€—

nasi lemak,1st ramadan 2023

Ramdhan kareem.selamat berpuasa.

Menu berbuka hari pertama kita ramadan kali ni nasi lemak.
Sangat simple berlaukkan ikan bilis dan telur sahaja.
mula2 basuh ikan bilis.
Tapis.
Sedap ikan bilis ni,rangup lembut.
beli online je😁 -> ikan bilis 

Masak nasi.
beras,santan,air,bawang putih dan halia,juga garam dan gula.ok boleh tanak dalam rice cooker.mudah kan.kite masuk pressure cooker sebab rice cooker tengah rebus telur.πŸ˜‚
sambil tunggu semua tu,goreng ikan bilis tadi,dah garing,keluarkan.tumis bawang,bawang putih,cili blended.
masukkan asam keping kalau xde,boleh ganti dengan asam jawa.masukkan gula melaka.masukkan garam.tak perlh banyak,cukup untuk naik rasa sebab ikan bilis dah masin.
tumis sampai naik minyak,beza kan dengan mula2,kalau rasa pekat,tambah air panas.bukan air sejuk tau,sebab nanti dia kacau suhu sambal kita.
Ada yang telur goreng,tambah je la sikit.goreng dalam kuali sambal tadi je.πŸ˜…
tunggu azan boleh berbuka.

Tuesday, March 15, 2022

Kabsah Ayam

Bismillah.Assalamualaikummm.

Hari ni umi rajin sikit nak tulis resipi.hehe
Semalam beli dua ekor ayam.potong 4.potong 4 mudah nak basuh.kalau potong 12,ayam dah lain bentuk dia,nak basuh satu2 tu wlopun kecik dah leceh.

Tapi cons dia bila nak masak yang kecik2,kena potong sendiri.tapi ni mudah je,masak je besar2 tu,nak makan baru potong atau potong sebelum masak,potong dekat sendi,mudah je.

Jadi ada 4 bahagian drumsticks+ peha ni.

gaul dengan ¾ (sudu besar kunyit,garam,rempah kabsah,lada hitam paprika),za'faran/pewarna oren titis lepas dah gaul semua rempah.

Sudukan je rempah2 tu semua dengan satu sudu besar,pastu ¼letak dalam pinggan.

Macam ni kan.dah siap gaul ayam,potong bawang holland,bawang merah pun boleh,capsicum.campsicum tu umi ambil kat pasu je.hehe,ready rempah kayu manis,bauh pelaga,bunga lawang,cengkih.

Dan jangan lupa daun bay ni.wajib ada kalau nak buat nasi2 arab.
Panaskan minyak.Tumis semua bahan2 diatas.
bawang dah layu,masukkan ayam.balikkan nanti bagi ada effect goreng sikit.nak mudah,guna periuk lebar.umi guna periuk ni ok je.cuma kena tukar2 la atas bawah.hehe

Macam ni ye.lepas tu masukkan tomato πŸ… potong dadu.
masukkan tomato puree.letak dalam 3sudu besar.lebih pun takpe.
Pastu masukkan air.air ikut berapa keperluan beras kita lah ye.kalau nak ambil kuah juga,lebihkan segelas.
masak selama 15minit..
tutup dia ok.kalau dapur ada setting masa,set masa 15minit.periuk ikea tu.sje je nak kabo.haha

Dah siap,keluarkan ayam susun dalam loyang atau bekas oven.
dalam cawan kecil atau mangkuk kecil,tuang minyak, za'faran atau pewarna makanan warna oren/tomato paste.

Sapu pada ayam sampai habis.

Then, boleh bakar.suhu 170.bakar dalam 10minit atau sehingga garing yang korang nak lah.
Sementara tu,air rebusan tadi,masukkan beras yang telah dibasuh.kalau nak ada kuah,ambil je secawan dan tambah dengan setengah cawan air kosong,didihkan dan rasakan dengan garam jika perlu.
boleh masak dalam rice cooker atau atas dapur.

siap! Tabur kepingan badam panggang.
ini pula timun+yogurt+garam+daun ketumbar.boleh juga letak daun pudina..
ini syattoh.gabungan tomato,cili besar,daun ketumbar,perahan lemon,garam..blend.

Alhamdulillah.siap.siap juga type hihi.


Wednesday, January 19, 2022

PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU (PSKT)

 bismillah walhamdulillah.

syukur alhamdulillah dengan nikmat sihat dan masa dan segala2 nikmat yang Allah bagi tak ternilai dengan kata2..subhanallah.

PSKT ni terletak di kawasan kubang ikan chendering,tak jauh dari rumah pun sebenarnya.walaupun dah setahun duk sini tak sampai2 situ dek banyak kekangan covid19,kuarantin,hari minggu pun suami kerja.nak dapat atur masa tu sangat terhad.

tapi alhamdulillah tiba2 teringat keinginan yang tertagguh ni nak pergi situ.tempat tidaklah sebesar PSN di KL.just nice untuk parents dengan anak2 explore.3jam juga dalam tu.

kalau nak datang,datang lah pagi2 masa tu tak ramai sangat orang.parking luas.dah keliru pula nak pariking man kereta banyak sangat kosong.haha.boleh datang seawal pukul 9pagi.

tiket ada beberapa pilihan.tapi kite ambil pakej family 4orang RM40.bushra umur 2thun tak dikira.lepaas dah bayar tiket korang akan dapat gelang,tiket sci kids(pilihan) dan juga stokin utnuk masuk ke sci kids.

ni tiket sci kids.yang lain tak snap.haha

ni lot i wonder paling depan,ada pasal tumbuhan,cell,planets,sundial,electric,dan banyak lagi.rasanya lot ni paling besar.paling lama duduk dalam ni.haha
boleh la bergambar kat sini sebelum masuk lot first tu😁

masa bayar tiket tu,orang kaunter cakap dome boleh masuk pukul 10.30.setiap 15minit ada tayangan dalam tu.lambat dia terus mula.kena tunggu 15minit pula.macam tu la seterusnya.
dome ni dulu ada di planetarium.sekarang dia letak di PSKT.ok juga planetarium dulu kecil je kan.
dalam ni diorang cerita pasal astronaut pertama dari soviet dan yang kedua dari USA.dome tu memang gelap.kang rasa macam berpusing.hhahaha.
Kat sebelah dome ni cafe.tapi tak pergi pun.dah breakfast kat rumah siap2.

Sebelum cafe pulak ada ruang kreativiti ni.ada time yang ada show.kat sini banyak barang2 dari planetarium dulu di TTC dibawa ke sini
Susun ni.we did it! Gitu.hahah.
ni susun pipe untuk laluan bola.

Lepas tu ada ruang gempa bumi.kat situ ada la demo macam mana tsunamj berlaku,tanah runtuh.

Perjalanan nak naik atas.macam psn kan design dia.

bawa anak2 main kat sini dulu.alang2 dah dapat tiket.umi abi pun boleh duduk kejap.sebelum sambung tour.πŸ˜†


pipe untuk sembang dengan orang sebelah haha.sekali diorang cakap bergegor,xyh guna alat.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
yang ni di slot innovation.menarik juga slot sini.ada bahagian susun badan manusia,piramid makanan,dan banyak game.
pandangan dari luar.

ini macam bahagian media.masuk2 tu ada port game sepak2 robot digital.haha.enjoy!
Yang lain2 tu biasa je.ada komputer boleh layar internet.

Pastu saje lah try naik atas tingkat 3.kat atas ada library,bilik2 seminar.

3jam juga rasanya duk dalam tu.memang seronok.jalan2 sambil cedok ilmuu.balik tu semua lapar dan penatπŸ˜†πŸ˜†.
Yang penting happy sampai sekarang diorang masih ingat pusat sains ni.Alhamdulillah.

Sape2 nak try pergi boleh la pergi.enjoy!






Tuesday, January 18, 2022

resipi falafel

Bismillah walhamdulillah.

Baru nak tulis resipi ni kat sini.sebelum ni dah banyak kali buat.tapi texture tak kena.kali ni buat nice crunchy kat luar dalam lembut.

Bahan mudah je.
-Kacang kuda
-daun ketumbar
-bawang holland
-garam
-biji ketumbar
-jintan manis
-tepung gandum

Rancang ye nak buat ni bila,so sebelum tidur,rendam dulu satu malam kacang kuda tu.rupa lepas rendam.kembang dari asal.
lepas tu blend je semua.blend kering ye.sukatan xde,ambil je letak2.

Gaulkan dengan sedikit tepung gandum.dalam dua sudu besar je.gaul rata.

Panaskan minyak.bulat2kan adunan.goreng.siap.

Cadangan hidangan semestinya dengan roti campak arab tu dengan hummus,kubis goreng,terug goreng,batoto dan juga sayur fresh.kalau ada telur,goreng skit.ok cukup lengkap.haha.alhamdulillah.

Roti basic,tepung dua cawan ,air dalam 3/4  dan sedikit garam.
Uli2.bagi rehat dalam setengah jam.jadi better buat doh roti dulu baru buat falafel.
Dah siap baru leperkan doh ,dan bakar bakar ats pan je.kejap je setiap keping tu.😁

Selamat mencuba ye.sorry gambar siap xde.πŸ˜†


sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/Ψ«ΩˆΩ… bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...