Tuesday, December 29, 2020

pizza homemade

hai semua.lama tak menulis.busy sangat.kalau ikut banyak nak menulis resipi tapi tak sempat.dah berapa banyak gambar terkumpul.hahaha.xpelah.kita tulis satu2 bila sempat ok.

so hari ni nak bagi resipi pizza.kali ni kite buat toping mcm pizza aloha.haaa....biasa dengar kan.
bahan2 doh
500g tepung
instant yis sepaket kecik
air
2sdk susu pekat
garam secubit
telur sebiji
water roux(tepung plus air)
100ml minyak

topping: ape yang korang suka dan ada dalam peti.haha..
meat loaf
crabstick
nenas
bawang holland
white button mushroom

ok...kite mula dengan water roux/tanzhong.
inilah water roux.caranya mudah sje.dua sudu besar tepung campo dengan air panas secawan.kacau2,letak atas api jap.kacau2 sampai berbuih terus alih dari api tau.

ini antara tips utk dapat roti lembut tanpa bread softener tau.

step 2
campuran yis
2sdk susu pekat manis
sepaket yis
air suam setengah gelas je tau.jangan penuh pulak kang habis banjir dengan yis.
-kacau2 dan biarkan kejap sampai dia jd mcm tu.kalau tak jadi macam tu,yis tak aktif kena buang k.buat yang baru.atau sebelum kacau tu dah nampak yis tu melekat2 kat sudu aktif la tu.kena jadi mcm teh tarik tu ye.

sementara tunggu tu kan,masukkan semua bahan2 dalam bekas mixer kecuali minyak masuk separuh je dulu.semua tau termasuklah water roux tu..bila yis dah jadi masukkan campuran yis sekali..
uli2 dalam 20min.setiap 5min tu brenti la kejap kasi mixer rest.

sambil2 tu korang ready la topping pizza tu.kite kena cepat k.multi tasking.kerja kena kemas dan bersistem.
topping sayur.bawang,nenas dan fresh white mushrooms.

ok tgk dph balik,bila dah jd doh,dia melekat2,masukkan minyak berbaki tadi.sambing uli sampai xde yang melekat.

bahagikan doh kepada dua bahagian.sapu minyak pada loyang.
bulatkan dan lenyek dia dalam loyang.heheloyang 1
loyang 2
tengok time.set masa ye.40minit.
dalam masa 40minit tu mula sapu base topping yang korang suka.klo suka yg tomato,sapu tomato paste.hari ni kite buat aloha.base dia thousand Island.
sapu thousand island banyak2.guna spread knife k.
then tabur topping korang.meat loaf tu brand ramly sedap!
tabur mozzarella cheese.banyak2 xpe.dan pipe kan jg thousand island.
panaskan oven.
tengok jam dah cukup 40mint belum?
dah cukup,roti pun dah naik,masukkan dalam oven.bakar 180c 30mins ikut oven masing2.
siap!
sedap.habis seloyang.haha.satu lagi ada 3/4.simpan dalam peti.esok2 nak makan panaskan dalam air fryer je.sedap! mudah klo nak breakfast pagi2.haha

oklah.anak2 dah tidur.kite pun nak join.hehe.😅


Tuesday, December 22, 2020

garlic bread with mushroom soup

semalam kite makan oblong ala prosperityresepi,banyak black pepper jadi untuk anak2 kita buat garlic bread and mushrooms soup.

easy peasy je.
hanya perlukan 
-roti
-bawang putih
-marjerin or butter
-parsley flakes

firstly
cincang bawang putih kite guna chopper. dan masukkan ke dalam marjerin or butter.
kite guna mother's choice masukkan parsely flakes.kalau xde xpe.tp kalau ada lgi cantik.kacau sampai sebati.

lepas tuuu,

ambil roti panjang dan potong serong,xde roti panjang,petak pun xpe,bulat pun boleh.xde masaalah.

spread garlic butter tadi.kite sapu dua2 bahagian.haha.nak spread satu bahagian pun boleh.
bakar dalam air fryer dalam 10mins je.sambil2 bakar tu,boleh buat sup.
siap untuk anak2.🤩😍

oblong prosperity

hai semua.petang semalam kite try resipi burger prosperity.
burger prosperity ni daging dia beralut black pepper gravy tuu.

ok sedia ye.
kita mula dengan goreng dulu daging tu.goreng tanpa minyak k.nak guna air fryer pun boleh.

lepastu,guna periuk sama je,letak butter skit,tumis bawang holland.masukkan tepung gandum.bagi brown2 skit.
masukkan black pepper dan air.agak2 ye.letak sikit2.xnak cair sangat.

masukkan satu sudu kecil sos tiram,satu sudu kecil kicap utk kasi gelap skit.

kite tambah cendawan butang sebab suka.hehe.tambah blackpepper lagi sebab nampak macam tak cukup je.😂
sebenanrnya nakletak salad dlm burger nanti.tapi dah habis rupenye.nampak cendawan kite letak cendawan la dlm tu.sedap juga.

masukkan daging oblong tadi.tutup api.

potong roti,letak daging tadi..slice tomato.kalau suka bawang mentah boleh potong bawang bulat2.
sos boleh letak ikut site rasa masing2.
boleh makan.xsampai setengah jam dah siap!

untuk anak2 kite buat garlic bread dan mushroom soup resipi.hihi
abi cakap dah macam makan di kedai western minum coffee pulak.hahaha
sedap sengoti.jadi molek.😁

Monday, December 21, 2020

beli tupperware dengan mudah

assalamualaikum dan hai!!
sekarang nak beli tupperware sangat mudah tau..klik2 je.inshaAllah dalam 3hari bekerja dah sampai.sekarang ada back to school promo, nak beli boleh tekan sini.mudah kan..
dan banyak lagi..barang2 lain pun ada.b
oleh tengok di sini
macam2 ada.😁

tomyam sayur

bila time rasa nak makan simple hujan2 ni kan antara menu yang jadi tomyam la kan.

jom kita mula!
furstly macam biasa....
panaskan minyak,masukkan bawang holland,tumis sat.
masukkan pes tomyam,serai.
masukkan air
masukkan sayur2 yang kite suka.sayur banyak takpe.nanti boleh ratah2 sayur 🤩
kalau suka pedas boleh taruk cilipadi.kite mkn dgn budak2.nak pedas potong cili berasingan.😂
perahkan limau nipis,kalau xde boleh letak limau kasturi/lemon/limau purut.
kite letak dua biji.sebiji dah perah.sebiji lagi bila dah off suis.
masukkan daun ketumbar.lagi banyak lagi sedap.dah siap..ehhhh dah siap? mudah dan cepat.
makan dengan nasi dan ayam goreng berempah pun dah cukup..simple kan.
alamak gambar dah hidang xsempat snap.haha.bushra dah jerit nak makan.😂


ayam goreng berempah simple

resipi simple.tak sampai sepuluh barang.hehe

bahan2
ayam
kunyit
jintan manis
jintan putih
biji ketumbar
rempah kari
garam dan gula

ok mula2
kisar 3rempah tu.
masukkan semua bahan2 dalam satu bekas.pastikan ayam tu dan basuh tau.
gaul dia sampai sebati.ikut suka nak tangan boleh,nak guna spatula pun boleh.
perap 30mins hingga sejam.lagi lama,lagi sebati rasa dia.
lepas tu boleh la goreng.deep fry kan dia.
siap ready untuk di makan.gambar dalam pinggan tak sempat snap.anakanda lapar dah.hahahha

Saturday, December 19, 2020

spaghetti aglio olio

hujan tak berhenti dari semalam.hujan mmg best.tapi risau juga terutama rumah2 yang rendah kesian sangat.gerai nasi lemak dekat sini pun tutup sejak banjir hari tu.tapi alhamdulillah petangnya dah ada sang matahari.:)
so pagi tadi kite buat spaghetti aglio olio 😊
nampak je banyak tapi sebab hujan ni anak2 pun makan banyak termasuklah bushra.
jom buat!

caranya mudah sangat
potong bawang putih dan sayur korang nak  letak.ape2 je.ini yang ada dalam peti dan sesuai.hehe.
                carrot and garlic
           cendawan butang dan parsley
panaskan minyak,masukkan sotong udang ape2 la bhn mentah yang korang suke.
dlm peti kite ada daging salai tu segenggam,ball daging 4ketul dengan sotong,kite letak la yang tu.haha
goreng dulu sampai garing.
ni masih ada air lagi kan
sampai air kering.yang kelihatan hanyalah minyak.
sampai macam ni ye kawan2.baru tak hanyir spaghetti tu.lepas tu keluarkan.
next step,tumis bawang putih,chili flakes
tu carrot pun mau terjun sekali.😂
masukkan sayur2 yang korang ada

kite guna chili flakes domino je.hihi
masukkan mixed herb,white pepper dan juga parsley flakes

kacau2 masukkan spaghetti yang dah lembut tau serta sotong dll yang dah digoreng tadi tu dan garam.kalau ada chicken stock bole letak.kalau xde pun xpe.sedap dah.
masa ni perlukan kekuatan skit la.tapi kalau dah biasa masak insha'Allah tak sakit la lengan tu.awl2 je💪.😁
siap! hidangkan...jangan pulak bawak periuk besar ni buh atas meja.kasi proper sikit.cenggini.pastu tabur parsley flakes.klo suke pedas,tambah lagi chili flakes.
ape lagi.sila la cuba.😁

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...