Friday, March 11, 2016

Kenali panjang dan pendek

bismillah..

#homeschooling
sebelum ni aku dah ada cerita pasal homeschooling ni di fb aku.sebenarnya aku dah start bulan 12 tahun lepas lg dengan melukis,mewarna,tulis2,baca2 buku aku tak tekan sangat.
pada awalnya aku nak huda masuk tadika.tapi huda time tu masih pakai pampers dan banyak tadika tak terima budak2 yang pakai pampers.jadi aku malas nak banyak2 tanya kan.aku pun decide nak ajar sendiri.

mula2 terlintas di hati ok ke nak ajar sendiri ni?
mencari la aku pasal orang tulis cerita2 ajar anak di rumah kan.nampak seronok jugak.mula2 aku macam tak ada bahan sangat.yela,budak2 nak pensil,pensil warna,kertas kosong,buku2.aku beli sikit2,mula2 aku beli bacalah anaku,read easy,iqra.semua aku beli satu set.read easy aku tak ajar lagi,tak nak bagi tertukar dengan bacalah anakku.kalau anak dah faham semua kita cakap,mungkin boleh kita bagitau yg ni english,yang ni bahasa melayu,tapi aku nak ajar asing2,takut tertukar.lepas habis bacalah anakku baru aku nak ajar read easy.inshaAllah.

banyaklah jugak ujian kesabaran yang berlaku masa nak ajar2 ni.haha.yela aku bukan ada basic nak mengajar macam cikgu2.maka aku kena study
-macam mana nak ajar
-apa perlu buat bila budak tak dapat tangkap.
-macam mana nak buat cara kita ajar menarik.
 dan macam2 lagi.

yang bestnya ajar sendiri ni,kita boleh ajar bila2 masa,banyak2 kali dalam satu hari.dan yang paling penting kita nampak sendiri apa yang anak belajar,membesar,seronok bila anak pandai sebab kita ajar.:D

ok kembali pada tajuk.
sekarang huda iqra dua.di bahagian iqra 2 bermula muka surat 19,huda akan belajar panjang pendek.

contohnya macam dalam gambar bawah ni.aku ambil dari google,tak sama tapi lebih kurang macam ni la.ok,masa tu ajar macam biasa,ajar macam biasa,tapi huda tak dapat cam lagi yang mana panjang,yang mana pendek time tu.sampai la muka surat 26,masih main teka2.ber huhuhuhu jugak la aku time tu,rasa panas je kepala kan tahan sabar.huhu.
 

maka aku pun ambil keputusan untuk start balik dari muka surat 19.ajar macam biasa,ulang dua kali di muka surat 19.lepas tu baca macam biasa,alhamdulillah dalam masa 3hari baca dengan lancar dan dah sampai muka surat 25,dah dapat beza panjang dan pendek.bila dah habis satu page by page aku tepuk tangan,dalam hati alhamdulillah.huda pun suka dia dapat baca dengan betul.hihi..

tapi lepas tu,jangan lupa upah coklat dua biji.kalau baca 3muka,tiga biji,hahaha

Related image

so kat sini aku sertakan sekali video huda bca iqra 2 muka surat 24. sekian.
























aiskrim jelly @ aiskrim viral

assalamualaikum.

ok.dah tengok banyak sangat orang post aiskrim ni kan.lama2 tengok,terliur jugak.haha.
makanya aku pun buat jugak semalam tapi aku tak guna sumi,aku lagi suka puding cocon ni.cumanya color dia tak terang macam sumi la.
ini dia jelly yg aku guna

reseipi aku simple je.malas nak masak2 atas dapur.

aku guna 
sekotak susu dutch lady
puding nata de coco 
susu pekat manis
air
plastik aiskrim

cara aku senang je,campo semua dalam satu jug besar kecuali puding.
buka plastik aiskrim masukkan puding yg dah dipotong dua,masukkan air susu yang dah dicampur tadi.dah ikat,masukkan dalam peti.


ni yang aku buat.yang kaler pink tu,bandung.belah kanan tu,aku letak jem strawbery.nyum2.hihi.siap juga.sambil buat,sambil soal jawab dengan huda yang tak sabar nak rasa.:D