Sunday, March 26, 2023

pizza 2nd ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 4 kan.anak sulung dah bulat2 siap2 hari last puasa di kalendar 🤣 Masa kite kecik2 dulu macam tu la jugak kan.tak sabar2 nak raya.🤭
resipi pizza dah ada.ni kite share resipi topping dia.

Tumis bawang Holland, bawang putih.dah layu,masuk daging cincang.

*Daging cincang kalau nak sedap,kena grind sendiri ye.kalau beli yang dah siap cincang tu boleh jugak,tapi kurang sikit la,dan banyak lemak.

Masukkan cendawan.setakat ni kalau yang tin rex la yang ok rasa dia.kalau tak beli yang fresh je.
Then masukkan sos Bolognese. Nak mudah la.kalo nak susah sikit guna tomato puree,then tambah mixed herbs,
Masukkan juga sos tomato,garam dan gula.air tak perlu ye sebab kita nak pekat.nak jadi kan topping kan.
dah siap,sejukkan.

Lepas tu boleh la buh atas base pizza kita.😋 Ni antara resipi base pizza yang best ye.yang lain tgu masa kite share.haha.

maqlubah menu 3rd ramadan

Menu berbuka hari ketiga kita,maqlubah.dah banyak posting dah.jadi boleh tengok kat sini ye.hehe.
makan dengan salad yogurt.
menu tambahan.eh bergegar pulak.🤣 Beli kat aeon je ni.boleh la rasa dia.tapi ok la.janji xsakit perut je time2 puasa ni beli makanan kat luar,kena hati2 sikit.bukan tak boleh beli kan.boleh sangat,sambil2 support org jual,tapi kena hati2.

Selamat berpuasa.hari kedua xbuh lagi.dah hari ke 3.🤣 Puasa kan,jimat tenaga xyh deletè2 la.go on je.🤣

Semoga ramdhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini.🤗

nasi lemak,1st ramadan 2023

Ramdhan kareem.selamat berpuasa.

Menu berbuka hari pertama kita ramadan kali ni nasi lemak.
Sangat simple berlaukkan ikan bilis dan telur sahaja.
mula2 basuh ikan bilis.
Tapis.
Sedap ikan bilis ni,rangup lembut.
beli online je😁 -> ikan bilis 

Masak nasi.
beras,santan,air,bawang putih dan halia,juga garam dan gula.ok boleh tanak dalam rice cooker.mudah kan.kite masuk pressure cooker sebab rice cooker tengah rebus telur.😂
sambil tunggu semua tu,goreng ikan bilis tadi,dah garing,keluarkan.tumis bawang,bawang putih,cili blended.
masukkan asam keping kalau xde,boleh ganti dengan asam jawa.masukkan gula melaka.masukkan garam.tak perlh banyak,cukup untuk naik rasa sebab ikan bilis dah masin.
tumis sampai naik minyak,beza kan dengan mula2,kalau rasa pekat,tambah air panas.bukan air sejuk tau,sebab nanti dia kacau suhu sambal kita.
Ada yang telur goreng,tambah je la sikit.goreng dalam kuali sambal tadi je.😅
tunggu azan boleh berbuka.

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...