Sunday, May 30, 2021

roti arab/ roti campak

steady ye tranung kite dgn pelbagai kluster 😬 pkpd la kite hor.

lama dah nak kongsi.tapi xdang.😂.resipi kite hari ni roti campak.

2cawan tepung
2cawan air
sikit yis
sikit garam
sikit soda bikarbonat
sikit baking powder.

yang sikit2 tu agak2 lah sesudu kecil gitu.campak2 je.

buh dlm satu bekas yang kering2 tu aduk2 sikit kasi rata.guna mixer boleh,tangan pun boleh.no hal.

masukkan air sikit2.uli sampai jadi doh.

jangan berhenti kat situ je.

uli lama sikit.nyet2 dia.lipat2.sampai licin,rata,tak menggerutu.apa lagi?haha semua roti memang kena uli sampai licin tau tips dia.

doh mmg agak lembut.tabur tepung pada penggelek dan tempat kite nak gelek tu.macam chef2 roti tu.tapi jangan eksyen sangat.

ok.bahagi kepada 4.kalau buat double adunan,double la bahagian dia.bulat2.gelek dia

panaskan pan,dah panas elok.boleh mula masak.

kembung elok tu,berjaya lah tu.kalau kembung sikit2 tuuu boleh laa.😝 sila cuba lagi dan lagi.tapi jangan dibuang.sedap juga dimakan.cumanya texture dia berbeza.kena tambah masa uli kasi licin lagi.
seronok tengok dia naik pop2.hehe

boleh makan dengan hummus.
nak treat as roti tempayan pun sedap.😁

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...