Friday, March 12, 2010

gempa lemah di empangan kenyir

Gempa bumi lemah yang berlaku di Empangan Kenyir kelmarin mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lalu atau disebabkan proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas, berkata Kenyir pernah dilanda gempa bumi dengan kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an ketika proses pengisian air empangan itu.

Kelmarin, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu. “Gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lepas, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar atau garisan gempa bumi Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

“Kes kelmarin adalah kes pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) bagi mengenal pasti punca kejadian kelmarin,” katanya.

Rosaidi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah.





No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...