Sunday, February 14, 2021

kek coklat moist

hari ni kite nak update resipi kek coklat moist...yummy!

selalu kalau nak moist orang suruh guna pengukus.tapi rumah kite xde pengukus besar untuk kek.kecik2 setakat nak kukus dimsum,pau tu ada la.hehe.

jadi kite guna oven! boleh tau! jangan risau.hehe.

ok mula2 

ambil periuk,masukkan
*satu cawan susu
*satu cawan minyak,
*satu cawan serbuk koko,
*satu cawan susu pekat,
*dan setengah cawan gula.
# kacau atas api perlahan.jangan sampai mendidih bagi dia larut je.kite guna serbuk koko van houten ni memang cantik dan pekat rasa dia.
ketepikan.

panaskan oven.didihkan seliter air.masukkan dalam loyang hitam.kedudukannya bawah para yg kite nak letak kek nanti.

sediakan 4biji telur.putar atau blend sampai kembang.
ayak secawan tepung gandum bersama satu sudu kecik soda bikarbonat dan baking powder

last masukkan semua(adunan coklat,tepung) kedalam blender atau mixer telir tadi,putar sehingga sebati.

sapukan butter pada loyang.kalau ada parchment paper boleh guna.lagi mudah nak basuh nanti.

tuangkan adunan kek tadi kedalam loyang.

ni loyang 9 inch.rendah sikit kek.klo nak tinggi boleh buat satu stgh adunan.ataupun boleh guna loyang kecik sikit 7inch mungkin.tapi kite ada loyang 4,6,9 je.7 xde.jadi kite guna je lah 9.hehe

masukkan dalam oven yang dah panas tadi.bakar pada suhu 160-170 selama 45minit. atas oven masing2.bila dah siap tu amik lidi,cucuk.paatikan xde melekat,boleh tutup oven.

nampak tak kedudukan dia.
dalam loyang hitam tu ada air mendidih.kek dalam loyang tu di bahagian atas.
boleh dimakan dengan coklat sos
atau dengan cream cheese dan choc ganacheok.sila lah cuba!

No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...