Tuesday, February 2, 2021

playdoh diy

salam pkp2.0. sambung lagi kannn..huhuhu

baru ni ada nampak kawan tanya pasal playdoh ni.rasa macam tak baik pulak tak kongsi.setakat ni dah beberapa kali buat.guna resipi yang ni.dan boleh guna berulang kali tau.haa.tu yg best.

okehh jom mehh kite bgtau k.
 
3cawan tepung gandum
3sdb tepung jagun
stgh cawan garam
1½cawan air
3sdb minyak
color pilihan 
*kalau anak sorang je,buat separuh je adunan pun ok.

campur je semua dalam satu bekas
nak sukat guna je la gelas mana2.tp kena sama saiz tau
uli2 sampai sebati.bahagikan ikut kaler yang kita ada.
haa.masa ni tepulang nak color apa.yang kuning tu kite buh kunyit.sebab kaler kuning xde.haha.merah pun xde.hijau je ad.nak pelbagaikan amik je la kunyit gaul dengan air skit jd paste.hahaa
dan kite uli lagi sampai sebati.

tangan ma'mun tak sabar.join uli jugak
dah siap.boleh asingkan dalam bekas.kalau xde bekas,boleh letak dalam plastik ziplock ataupun wrap je dia..
boleh la buat muka org macam ma'mun buat tu.haha
seronok haa 3beradik ni main.bawa main kat luar nak kasi ada hormo gembira.hahah.umi boleh la relax2 tengok langit.๐Ÿ˜…
lepas main,boleh simpan suhu bilik atau dalam peti.

wajib baca:
bila simpan diluar,kadang2 dia kering,so bila nak main,tambah minyak sikit.uli kasi rata.sekejap je.

manakala kalau kite simpan dalam peti,bila kite keluarkan,dia ada kondensasi kan...korang just tabur sikit tepung kasi rata.boleh main.

boleh la cuba tau! 
sekian๐Ÿ˜๐Ÿค—

No comments:

Post a Comment

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ุซูˆู… bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...