Saturday, September 6, 2014

My little girl

Salam.hr ni nk kenalkan my lovely daughter.sbb sebelum ni xpernah ckp lg pasal nik 'izzah alhuda binti nik muhammad 'aizat.now she 2years old,born on 25th july.ak ltk gmbr terbr tau.hihi

Cheerful,manja,friendly(because she always will be excited when she meet babies or her friends,not really her friend,just at the same age.haha) dan jgk garang.x garang pun,kelakar ad la.ekekeke
Rasa macam sekejap je berlalu,tiba2 da besar da.boleh berlari,panjat2,buat sepah,n sometimes help me to clean n tidy up the room,clothes and her lu3bah.sangat la aktif kcuali time tdo,xsihat (xjgk.kdg2 xsihat pun still boleh aktif =_= ) pandai jugak pujuk umminye.hihi.love u so much
! skrg da kata no kt aku.siap angkat jari telunjuk lg.huhu.

kalau pergi shopping,aku mesti bawa teman sorang kalau x,xleh memilih lama2.haha.tau2 je la perempuan kan....nk tgk harga la,jenis la.apa lg eh
? she is so cuteeee to me.i dont know others feel about huda but i dont care she's my lovely daughter.

ummi sayang huda.walaupun ummi selalu marah huda.lebih2 lagi time ummi stress,huda jgk yg kena tempias.kesian huda.sorry
! tp kite ad je main sama2 kn..makan sama2...huda ngs ummi pujuk,ummi ngs huda pujuk..jalan2 sama2.ke mana ummi berjalan2,mesti huda ad sekali.hihi.

she is sleeping right now.so i bolh blogging dgn tng.hihi.tp nk tdo da.12.30mlm da kt sini.need to sleep.bye2
!

Monday, September 1, 2014

hakikat keimanan (ayat 14-18 surah al hujurat)

Bismillah...
قَالَتِ الأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya : “Orang-orang Arab Badwi berkata; ‘Kami telah beriman’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kamu belum beriman’, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja; ‘Kami telah Islam’. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”(Al-Hujurat:14)

Berkata Ibnu Abbas r.a, ayat ini diturunkan berkenaan perbuatan Arab Badwi dari kabilah Bani Asad. Di peringkat awal mereka masuk Islam, mereka berkata, “Kami telah beriman.”

Mereka juga berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Orang-orang Arab memerangimu (wahai Muhammad), sedangkan kami tidak memerangimu.” (Mukhtasar Ibnu Kathir)

Mereka berkata demikian kerana mengira bahawa keIslaman mereka merupakan jasa dan bakti yang besar di sisi Rasulullah s.a.w, dan seharusnya baginda terhutang budi terhadap perbuatan mereka. Lalu Allah menurunkan ayat ini bagi meluruskan hakikat sebenar martabat keimanan di sisi-Nya.

Firman Allah Taala:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat:15)

Dalam ayat ke (15) di atas, Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatu at-Tafasir”menyatakan bahawa ada tiga ciri utama umat beriman, iaitu;
1-    Membenarkan Allah dan Rasul-Nya. (  إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ )
2-    Tidak syak dan ragu. (ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا  )
3-    Berjihad dengan harta dan diri. ( وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ )

Sementara itu Sayyid Qutb menerangkan hakikat iman melalui tafsiran ayat ini bahawa sebenarnya kitalah yang perlu bersyukur atas nikmat-nikmat iman yang dikurniakan oleh Allah, kerana Dia-lah yang melimpahkan hidayah kepada kita dengan menunjukkan jalan keimanan.

Firman Allah Taala;
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Maksudnya : “Katakanlah (kepada orang-orang Arab Badwi itu wahai Muhammad); ‘Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata; ‘kami telah beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Hujurat:16)

يَمُنُّونَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُل لّا تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلامَكُم بَلِ اللَّهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيمَانِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maksudnya : “Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka); ‘Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Al-Hujurat:17)

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hujurat:18)

Surah ini ditutup dengan pernyataan bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang ghaib di langit dan di bumi, bererti Dia (Allah) mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati dan mengetahui hakikat perasaan. Pengetahuan Allah terhadap manusia tidak bersumber kata-kata yang dilontarkan oleh lidah mereka. Tetapi, dari perasaan yang terbit halus dalam kalbu mereka. Ini merupakan peringatan yang cukup jelas agar kaum Muslimin tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya sebagaimana pesanan pertama surah ini.

Tuesday, March 4, 2014

daging masak halia

salam,da setahun lebih sikit x menaip kt blog.rse mcm pelik plak bila bkak.mcmmmm 'ehh ak ad blog ke?' haha.what the krik krik krik..kriuk kriuk pun boleh.haha da lama xmakan makanan ringan kt jordan ni import dr thai xsilap.kt packing dia ad tulis kriuk2,nme sebenar ap entah.

Tajuk etah apa2 jugak.mood frozen i think?lol..winter yg xtentu,mcm winter skjp,pstu summer kjp.Allah...setakat ni da 2x tgk cite tu.nice story about siblings.elsa n anna.i'm so wowwww when anna is frozen,n elsa come hugs her sister,and then anna alive.haha.the true love is from her famliy member.yessss its so true.air dicincang xkan putus.tbe2 msuk peribahasa.haha.

and yesterday,you know for the first time in three years as wife i made 'daging masak halia'.so simple to made it.i dont know why i didnt do it before this.may be because it is so simple and easy.berlagaaaakk gileee.(sy mmg pandai masak pun,suami saya cakap.:p)

recipe for daging masak halia
-bawang merah
-halia of course
-chili
-capsicum
-salt n sugar
-capsicum
-daging (sila pilih bhg yg xliat)
-oyster sauce
-black pepper
-water
-corn flour

firstly,tumis 3 bhn first.then masukkan daging.bila daging da tukar warna,masukkan 1 teaspoon corn mix with cup of water.then,masukkan black pepper,capsicum,oyster sauce,salt and sugar.kalau nak byk kuah,lebih kan air.pastu boleh tabur daun sup kalau suka.kalau tanya ak,semestinya aku tabur.hehe.cantik skit.

ok,got to go,got to sleep.must change diapers for huda first.1.20am now.huda not sleep yet..esk kls pkl 9.oh nooo.6t kite story about huda.the solihah,zakiyah,jameelah in the house.hihi.

Monday, January 28, 2013

misi clearkan bahan masak

hahaha...apela first expression org bila bce aku punye title ni ye.kikiki..dua hari tanpa beras xbermakna aku kelaparan dua hari.heh.kedai xdela jauh mne.tp mls tu la nk pg kedai beli beras.stu lg klo nk pg beli beras,bkn beras je yg nk kne beli,sayur,aym,etc2.

ok hari first,aku godek2 almari,ada sebungkus spaghetti.wahh blh buat mee goreng ni.aku pun ckp la kt suami aku yg aku nk buat mee goreng,dia kata ok.tp dia nk mee gorang basah.ooo..pandai ye..hihi.gurau je.so hr first ketiadaan beras kami pun makan la mee goreng basah.hihi
mee goreng basah aku


second day,kitorg makan nasi arab.eh2 ad plak berasnye?? aku xkata jordan yg xde beras.ekekeke aku beli kt kedai la nasi ni. pastu mlm plak aku mkn cucur bilis.hoho.

third day,aku mkn dlm pkul 3ptg mcm tu.aku mkn cucur bilis lg.xpuas mkn smlm.tu yg mkn lg tu.hhaha.muka da mcm cucur da.haha.mlm plak aku baham syawarma ayam.mintak kedai hantarkan ke rumah sbb mls nk kuar.lalala.aku mkn yg biasa je.suami aku je mkn yg super.hehe.
ni cucur nye.heuwheuw

esok plak? esk ak rse ak nk mkn nasi.haha..rindu plak kt nasi.adoiyaaii perot melayu tulen ni.hoho..maka tamat la cite tiga hari tanpa nasi.haha apakah???haha..tata

Sunday, January 27, 2013

Mencari Semangat yang Hilang!!!

ok ni post aku yg kedua.eh2 tamak plak ye mentang2 cuti?haha yess! sebenarnye sebab aku blh menaip dgn byknye ni adalah sebab aku tgh cuti sekarang.cuti sem selama 2minggu lebih.maka bercutilah aku bersama si cilik huda.abinye xcuti.wuu jadinye menetaplah aku di rumah setiap hari jd suri rumah sepenuh masa.ekekeke.ni pun aku menaip sambil agah2 huda.klo ad yg jerit pgl,mntak main dgn dia.hehe

so mcm biasalah.sebelum cuti panjang,pelajar YU akn menduduki final exam termasuklah aku.sem ni aku ambil 5subjek je.pada asalnye 6subjek,tp disebabkan aku mcm takleh nk bwk satu subjek tu,aku pun drop la sbb subjek tu subjek pilihan je.klo xambik pun xpe.klo subjek wajib ambik,syg tau nk drop.yela xmaunye ak belajo benda sama dua kali.huu

dipendekkan cite,aku da dpt da result keseluruhan.perasaan? sedih..uwaaaa.sebenarnye xde la teruk sangat.tp jatuh merudum result ak kali ni.wuu.bila tgk tu rse mcm putus asa pun ad.and skrg,aku masih lg mencari semagat yg br.cne eh nk bg ad smgt br ni? ap yg perlu kita tnm dlm diri kite eh?

jadinye utk aku lupekan markah2 aku,aku sibukkan diri dgn mengemas umah,tgk cite,lipat kain,main ngan huda..wee..

xmo sedih2.
happy!!!
mulakan langkah yg baru! 
yess!! bergerak dgn penuh keazaman...ceewahh

inshaAllah.Dengan izin Allah aku sentiasa kehadapan.ya Allah mudahkanlah segala urusan Nurul Mawaddah Isa.ameen.

yoshh!! semangat! semangat! 
bln 6 ni kan nk balik..wee kenalah semangat sikit.kakak aku mcm xpercaya aku nk balik.hihi.yela sbb tiket xbeli lg.mcm xconfirm.tp inshaAllah da confirm da,tiket je xbeli lg.doakan selamat semuanye.:D

semangat! semangat semangat! ya Allah jadikanlah aku dlm kalangan org yg beriman,ank dan isteri yang soleha yg berjaya didunia dan diakhirat.ameen.








Friday, January 25, 2013

Resipi kerutuk ayam

Hi semua.hr ni aku nk share resipi kerutuk ayam.rempah kerutuk tu semestinya ak bwk dr mesia.dr kelantan lg.namanye rempah kerutuk kg langgar.ak xtau lalanggar kt mne.kt kelantan la kot..hehe.resipinye mudah aje.simple gitu.kalo rumit2 xdenye aku nk buat.ekeke

bwh ni gambo cik google.hihi.klo gmbo ak,xdnye mau hias bagai.hihi.tp yg ak buat lbh kurg mcm ni la rupanya.cuma aku buat byk kuah.sbb encik suami suka ad kuah2.hhi

bahan2:
1/2 ekor ayam (digaul dgn sedikit aym dan digoreng separa msk)
5 sb rempah kerutuk 
3biji buah pelaga
3biji bunga cengkih
3sb sos tomato
2biji bawang holland yg da dikisar
3 ulas bwg putih dikisar bersama bwg besar
sebatang serai
satu cawan santan.aku guna setengah tin santan.kt sini santan jual dlm tin je.
garam n gula secukup rasa.
sedikit minyak


cara-caranya:
1.panaskan minyak.dan tumis buah pelaga bersama bunga cegkih smpai wangi.
2.gaulkan rempah kerutuk bersama bwg holland dan bwg putih yg sudah dikisar.then tumis smpai naik minyak.
3.masukkan santan n sedikit air.sbb ak gna santan pekat.
4.masukkan sos tomato,gula n garam.
5.masukkan pula ayam yg telah digoreng terlebih dahulu.
6.kacau sentiasa sampai mendidih dan tutupkan periuk dgn penutupnye dan biarkan seketika hg kuahnya menjadi pekat.
7.bila kuah da pekat,sedia dihidang.

tata.
selamat mencuba!!

Tuesday, January 22, 2013

resipi nasi kerabu daging panggang

slm korang.nasi kerabu ni sbnrnye da lama da aku buat.tp br terigt nk share resipi aku kt sini.hihi.byk sbnrnye ak nk kongsi.klo blh mcm2.haha.ni pun terigt sbb ad kwn aku mintak aku mskkan n ajrkan dia wt nasi kerabu.so aku yg tgh cuti ni,ok aje.sbb umah da kms skit.hoho..klo x,umah ak,kalah umah org bujang kott..haha

Ok.first skli msk nasi dulu mcm biasa.ad org suke ltk kaler biru skit.ak xltk pape.ak biar je putih.klo ltk pun,ak ltk daun pandan bg wangi.hihi

Second utk kuah plak.ak pgl kuah budu msk.yg kaler oren tu.
Bhn2 dia bwg putih,bwg bsr,lada kering kisar semua.
Santan pekat @ blh jg gne susu
Budu @ sos bilis;p
Garam n gula.
Sedikit air.
Serai
Cara2: tumis bhn kisar smpai naik bau.tumis bersama serai yg da diketuk.pastu masukkan air,budu,santan,garam n gula.garam jgn letak lebih2.sbb budu da masin.spe letak lebih jgk,aku ketuk2 kang.haha.amboih,,garang bebenor.kikiki.lps tu sambil2 sediakan bhn lain,sila kacau2 dia sentiasa.lebih2 lg mse dia da nk mendidih sbb xnk kasi dia pecah minyak.

Third utk sambal kelapa pulak.
Bhn2 dia adalah:
encik kelapa parut
Ikan.ak guna ikan sardin je lenyek2 dia.klo gne ikan biasa,kne kukus,then leraikan dr tulang ikan tu,pstu br lenyek2.
Gula
Halia
Lada hitam
Sedikit serai


Gambo ni yg aku buat mse bila ntah.lupe sudah.

Cara2 dia,klo mcm aku yg gne kelapa prut segera ni,aku rendam dulu dlm air panas.then tapis pstu blend dgn blender kering.pastu panaskan kuali.xyh ltk minyak pun.gaulkan skli dgn gula,ikan,halia,sdikit lada hitam,serai yg dipotong2.gaul2 smpai la kering.nk buat ni amik mse skit la.n klo nk tgl,jgn tgl lme sgt.6t hangit la.wuuu

Utk sambal,aku biasa amik budu,perah lemon skit,potong cili padi,ltk bwg yg dicincang.

Untuk sayur,cincang segala ulam yg ad spt kubis,kacang pjg,timun n etc.

Pstu goreng la keropok ikan.

Mkn dgn daging panggang.waaaa..best2.
Daging biasa aku perap ngan garam,bwg putih,lada hitam,sos bbq skit.perap semalaman.pstu pgg ats tefal.itu ak la.nk perap ngan ap2 pun blh sbnrnye.

Ok.itu je kot aku rse.ha! Stu lg org biasa mkn ngn solok lada.tp aku xreti la plk buat solok lada tu.sbb xpnh buat.huu..
Okla.'izzah alhuda da tido.ini bermakna,ummi nye pun da blh tido.weee..slmt malam!! Tata.

Chef adah(lama da xbuat mcm ni.ekekeke)



Sunday, January 20, 2013

simple fettucini with creamy soup.

Slm semua!! ok.kelu sekejap.xtau nk tulis ap.so ak decide nk tulis resipi la.itula da lama sgt xupdate blog.yela.aku sibuk je manjang.klo xsibuk pun,ak duk lyn kemalasan aku.hahaha.yes! Hidup ak mmg berubah lpas ad ank.6t la aku cite ye sbb kli ni ak nk tulis resipi je.

Ok.bahan2 yg perlu ad.
1)fettucini
2)cheese
3)milk
4)bwg besar
5)bwg putih
6)cendawan butang
7)lada hitam n putih
Sedikit garam

Cara2nye mudah aje.
Tumis bwg dgn olive oil.dgn minyak biasa pun blh.bila da layu,xperlu garing ye,masukkan cendawan butang(ak guna yg dlm tin je),masukkan lada hitam n lada putih.lps tu msukkan susu.bila susu tu mcm da pns,msukkan cheese.aku guna cheese keping2 tu je.wee pastu msukkn garam n gula.jgn terlebih pulak.ltk just nice je ok? Spe ltk lebih,ak ketuk ngan lesung.hahaha gns gile.
Ni gambo yg ak buat.
Biarkan mendidih,kacau sentiasa.agak2 kuah da pekat,boleh ttp api n mkn.
Ha lpe nk ckp,klo ad aym or dgg ke blh jgk ltk tau.
Ok natuk mata da.kt sini da pkul 2.mesia da pg da.tatata!!!lol


Wednesday, June 13, 2012

jalan2 aka lepak2 kt amman + pindah umah

salam semua!

alhamdulillah masih bernyawa serta sihat dan cergas walaupun selepas duk pindah rumah hari tu badan macam xbermaya,hidung asyik berair,keliling mata rasa macam panas je,muka kejap panas,bila da rehat,ok balik tp alhamdulillah sekarang da sihat,mungkin sbb duk main habuk byk sgt + debu yang sedia ada di bumi jordan ni + penat sgt.hihi.ini pun da separuh barang aku siap kemas.separuh?? da seminggu pindah.haha tp xcukup seminggu tepat lg.memang post yg sebelum ni aku kata nak pindah rumah 5hb tp disebabkan 4hb tu aku ngan suamiku pergi jalan amman.hehe jadi sesi mengemas barang2 ke dalam kotak tak siap lagi.addoyaii.asalnye mau pg lepas da siap pindah umah,sekali kawan suami aku ajak pergi amman by car.sewa kereta la kirenye.aku yg tengah tido masa tu,bangun buat keputusan kata ok! haha.yela,klo aku pg ngan suami aku je,kitorg naik bas je sbb klo nk sewa kete kena byr 25JD ke ats sehari.so bila ada orang offer naik kereta,aku ape lg.hihi.sbb aku sekarang ni cepat lenguh n penat.hoho.jangan lepaskan peluang!wee.

antara sebab utama nak pergi amman,nak pergi minum air yang ada bubbles.haha.suami aku yang ngidam.da lama da sebut nak pergi minum bubble tea kt juice bang bang.kt amman je plak tu kedai ni ada.tu yang semangat benor pg amman.hehe.

destinasi pertama:juice bang bang at avenue mall
antara menu yang ada.pilih2!!

ni air yg kami order mula2.haha.kenapa aku kata mula2? sebab lepas jalan2 kat avenue mall ni(kecik je mall ni),aku ngan suami aku pergi beli lagi.haha.tiga jenis plak tu.lalalala.yang bawah ni nme dia peach milk yogurt with bubbles and blueberry milk yogurt with bubbles. yang tiga lagi tu,bubble tea,honey dew and cranberry with melon(xtau kenapa rasa macam durian =_=).sume ad bubbles.haha

suamiku happy dgn juice bang bang dia.:) aku pun happy tengok suamiku happy.hihi

ni pemplet kedai tu.

lepas tu,kitorang pun bergerak ke mecca mall(bkn kt mekah ye.still dekat amman.)pergi kat situ sbb slh sorang suami aku nak beli ape ntah kt pc zone dlm mall tu.yang pasti,suami aku beli stylus utk ipad dia.mahal gak.15jd satu.sekali tgk kedai lain,ada lg yg murah.hua3.tp function setiap harga tu berbeza.n harga dia xde la jauh sgt beza.sbb ade lg yg mhal lepas tu.:) then,sebelum kuar dari mall tu,aku pun bagitau nak popcorn.hihi.popcorn kt mall ni sedap tau.nama kedai tu TLC.ada macam2 rasa boleh pilih.gambo kt bawah ni aku beli rasa caramel n berry.besar bekas tu,5dinar.byk kan aku beli? tgk la bekas tu.haha.tapi xde la aku makan sampai habis time tu jugak.hari ni pun xhabis lagi popcorn tu.



lepas kuar dr mecca mall tu,kitorg pun pergi city mall(dekat je dgn mecca mall.cuma mall ni lg besar dr mecca mall tu).kawan2 suami aku sume nk tengok wayang.aku ngan suami aku xminat tengok wayang.then mse diorang pergi tengok wayang,kitorang pun lepak2 la dalam mall tu,mula2 kitorang pg duduk depan carrefour(dlm mall tu ade carrefour).memang ade sit kt situ.xdela lme sgt duk kt situ,kitorang pun pergi tengok kedai2 yg jual alat baby.antara yg aku pergi mother care.byk gak la brg dia.tp mahal.sbb barang sume brand mat salleh.pstu jordan ni mmg klo brg dr luar skit,dia jd mahal benor.ni gambo stroller kt kedai tu.mahal kan?
mahu pengsan jap tgk harga ni.ahaha JD775.fuhh..klo convert jd 3ribu lebih.

ade byk lg brg yg aku tgk.breast pump,alat2 kesihatan baby,diapers bag.cakap pasal diapers bag,nk tau x? aku ade la jumpe kt mothercare tu harga dia JD40.tp mse tu mcm xdtg zup utk terus beli.duk tengok2 je.bila balik rumah baru datang zup nak beli.tp amman jauh la.pastu smalam dekat irbid je aku pergi baby shop kt arabella mall beli beg tu.tp kurang beg tu xde tempat thermal utk bottle susu.tp xpela.da beli da.klo nak beli yg thermal tu ad je jual asing2.lagipun yg kt mothercare tu,beg dia besar je.xde kecik.dekat baby shop tu,mmg la xde thermal tp dia ad byk saiz.aku beli dua saiz.hahaha

ni la beg yang aku beli.hihi.satu kecik,untuk aku bawak pergi mana2 dengan baby,satu lagi besar untuk aku bawak pergi mne2 jugak cuma boleh letak byk barang.klo nak jln jauh skit ni,sangat perlu.nak letak themos,pampers,baju,botol susu n barang aku pun boleh muat skit2.so aku panggil ni beg aku la dua2..muahahaha.jangan marah baby.:P harga2 sume skali JD40 jugak.tp dpt dua beg.pstu kebetulan tgh offer bln ramadhan,beli ats JD30 dpt kupon JD5.hihi.wlopun JD5,nmpk mcm sikit tp dia berguna gak klo ada barang yang kitorang kena beli kat situ.wee

eh,jauh da lari.macam kempen beg plak.sambung cte td.haha.lepas kitorang round kedai baby tu,kitorg pun pergi sambung duduk kt bangku yg ad depan carrefour.aku xmasuk pun carrefour.suamiku je masuk pergi beli air,roti and coklat utk bwk balik.roti tu sedap.kt irbid susah nak jumpe.pstu,xtau sedap ke tak.yg suami aku beli tu,confirm sedap.byk kli da beli.haha.pastu bila da kawan2 suami aku habis tgk wayang,aku ngan suami pun pergi naik tingkat ats utk isi perut.aku order fettuccini.xsedap mne pun.biasa aje.suami aku order spaghetti.tp dlm bill tu ad meat balls.pekerja kedai tu saje je tambah.dia buat kuantiti 3 plak tu.klo dua thn jgk.3x5=15,jadi 15 biji meatball campo yg mmg da ad dlm spaghetti tu.byk gila.harga pun konfem byk.sabo je la.nasib baik meat ball tu sedap la jugak.aku blh tumpang sekaki.otupun xhabis.kawan suami aku habsikan.





gambo ni lupe nak rotate.haha.

habis makan2,kitorang pun pergi toilet,cuci2 muka skit.masa tu da lewat da.kedai2 duk tgh tutup pintu masing2 da.dlm pukul 11mlm gak kot kitorang balik.sampai umah kul 1.esoknye angan2 nak pindah umah.hahaha..barang pun tak siap kemas.pastu hr sebelumnye da berjalan sakan,letih la jadinye.kitorang pun anjak la jadi 6hb.pastu 6hb tu da siap kemas.tp penyewa sebelum aku sewa ni,ade hal.jadi anjak la 7hb pulak.tp xkisah sgt pun.sebabnye akad sewa kitorg mmg start hari tu pun.
alhamdulillah.7hb tu,kitorg pun pindah la umah.guna lori pickup.dua kali ulang alik dengan bantuan kawan suami untuk angkat2 barang.klau nak harapkan aku,memang tak terangkat la.klo stakat ringan2 boleh la.

ni la umah br aku.aku tunjuk toilet dengan bilik basuh je.hahaha..sebab bahagian ni je kemas masa tu.hahaaha.:P ruang lain penuh ngan kotak2.sekarang da ok skit.sebab aku kemas sikit2.lenguh la klau nak kemas sume dalam satu hari.hihi




ok la..da panjang sangat ni.boleh semput baca.aku yang menaip pun rasa mcm,"eh xhbs lg nk cita,tp da panjang da"lalalala..ok..tata

Sunday, June 3, 2012

cuti2 jordan

bismillah.slps post ak yg lps psl mee bandung,ak x update2 da blog ak.sibuk study+tido.:p sebenarnya aku br habis exam.br ke? da seminggu da la.hehe.so aku tengah cuti le ni.cuti ak sampai la tgh bulan 9 ni.gile lama.haha.jgn jeles ye korg.tp aku xbalik mesia pun.duk kt jordan je.sbb suamiku kena amik sem musim panas.aku pun sepatutnye amik jgk.tp takut tarikh exam kena ngan due date so aku pun xamik la sem musim panas ni.rehat kt umah je.byk jgk sbb aku xamik sem musim panas ni,antaranya takut aku 6t xlarat.ye la mana taknye,musim panas+bln pose.kt sini musim panas dia panas betul la.orang xpregnant pun penat,org pregnant ape tah lg.aku pun xtau lg sebenarnye aku larat ke tak klo amik musimpanas,tp utk elak drp ape2 yg tak diingini berlaku better aku rehat je.lagipun mse tahun satu daftar subjek br2 ni,subjek2nye byk da hbs n yg tgl pun byk yg berat2.kawan2 aku pun ramai yg xamik soifi then diorg balik mesia.ohhh sungguh jeles disitu.=_= banyak betul sebabnye.haha..xdela,sebab2 ni pun sebenarnye untuk aku tekad tak amik sem musim panas.klau tak,dalam pikiran ku,ku rasa mcm rugi je xamik.terpgl2 je utk amik je wlpun subjek susah2.=_= jadi dgn sebab2 ni aku dgn yakinnye xamik.haha.

jadinye,bila da masa cuti ku sangatlah panjang,aku kena la plan2 dalam kepala nak buat ape.walaupun mungkin ape yg aku plan tu aku xbuat pun,haha..kurang2 ada jgk plan yg aku akn buat kann.ki3.better la drp aku plan utk tido n bina lemak je.haha.:p ni pun rse macam ngantok2 je.padahal tgh pg ni.pukul 9 lebih.biasala,perut kenyang makan scramble egg n aym kfc.kfc tu yg smlm pnye.aku la tu terbyg2 kfc dlm kepala.haha.so bgtau kt suami,aku nk mkn kfc,dia ok je.wlopun sbnrnye aku da msk mee sup ptg tu,tp da terbyg2 da kfc tu nk wt mcm mne.hoho.addoi.ok,balik pd plan ak.setakat ni aku duk kemas2 sikit barang2,masukkan dlm beg n kotak sbb 6t aku mau pindah umah.umah kt jordan ni jugak.cumanye nk pindah umah yg lg selesa dan ad ruang tamu.hihi.rumah aku skrg ni selesa da sbnrnye.cumanye dia xde ruang tamu,tmpt jemur yg khas,n tmpt mesin bsuh yg strategik.hihi.so bila rumah org yg da kahwin ni xde ruang tamu,mcm susah skit bila tetamu dtg.biasanye aku bwk msuk bilik yg kedua,tp segan jgk la sbb bili kedua tu aku buat tmpt jemur,n jalan menuju bilik tu aku ltk mesin basuh.huhu.klo mcm org bujang xpela.benda bisa la tu kwn msuk bilik kn,lepak dalam bili tido tu perkara biasa.bila da kahwin,xleh la.privacy.hiihi.satu lg 6t,inshaAllah ad baby so baby mestila nk tempat luas skit nk main2.nak guling2 ke.hihi.inshaAllah bbrp hr lg aku pindah.

lagi2 ape plan aku? nak masak itu n ini.haha.tp suami aku penah tnye,yeke? haha sebab aku time rajin,rajin benor,semua benda boleh jd.klo time malas,hahaha...bayang2 je la.:P tp aku tak khaskan pun ape yg aku nk msk sbb aku bukannye jenis rajin sgt masak.haha.aku masak berdasarkan demand.mcm ramai je org dlm umah aku.demand suamiku la.hihi.bila ape yg di demand kena dgn bhn kt umah,n ak tgh rajin time tu,mmg jd la.hihi..ohh..baby gerak2,nak tulis blog jgk ke?ki3.plan aku jgk,duk baca artikel2 psl baby,psl bersalin,psl pregnat n yg berkaitan dgnnye la.tp dr sblum cuti lg sbnrnye aku duk bce sbb aku setkan emel aku dkt baby center utk antakn emel kt aku.suami aku pun ad download psl breast feeding dlm ipad dia.bykla bnde yg aku dpt tau.sbb aku ni xtau ape2 cne nk bersalin,persediaan utk ak n baby.haha.biasala.first time kann..hihi.tp ok je.encik google ad.skrg ni,aku duk pikir2 ape yg baby perlu ad la bila dia lahir 6t.yg ni byk aku tnye mak aku la.sbb aku tak reti.hihi.yg ak tau,baju,pampers,alt mandi,botol susu.haha.xpe,kurang2 tau jgk.:P so 6t bila da suami aku hbs exam hr ni n da pindah umah,aku nk ajk suami ak pg survey n beli brg2 kt kedai bby.nk tgk ape yg ad.wee..

banyak lagi sebenarnye aktiviti aku,tapi xkan nak cite semua.lalalala:p 6t,klo aku rajin,aku update aktiviti aku.itupun klo rajin le.inipun td rse cm nk upload gambo.tp mks la plak,tkut tnet lmbt.hoho.;p ok la,aku mau tikedo(sila search  kt google translate).:p 

Thursday, April 19, 2012

mee bandung tanpa perencah

salam semua!

da lama sangat x bercerita kat blog,rasa macam kekok pulak.haha.ini pun sje duk tgk2,tukar template.xtau plak yg blog ni da tukar style.lain skit dr dulu.kelip2 mata aku dibuatnye.hari ni nak share resipi sebenarnye.ikutkan banyak je nak taip resipi sebelum ni kt sini,tp byk perkara lain lagi yang aku perlu buat.campur ngan malasnye..haha.sampai xigt nk da share resipi ape kt sini.addoiii..ada kawan aku suruh cerita pasal aku,kahwin,pregnant,cne urus rumah la..ape2 la diorg ni.tp aku bukan reti n suka sgt cerite.sikit2 tu boleh la.alhamdulillah,setakat aku pregnant ni,xde alahan yg teruk ak alami.just penat kalau jalan laju2 tu ade la.xpun sakit pinggang jalan laju sgt.haha.klo lenguh2 kaki,aku suke je,6t ade org tlg urut.hua3.aku kate 6t mse pantang xyh upah org lain urut la.hoho:P ok la da jauh.

aku nak share resipi mee bandung.aku baru je dapat n try baru ni.aku dapat resipi ni dr kak syida(senior aku kt sini) dia xguna perencah.so aku beriya-iya la mintak.;p
so ni la resipinyee

sepaket spaghetti(kt sini xde mee kuning) rebus ngan sedikit minyak garam.bila da msk,tapis n bilas.
daging di potong dadu direbus n diambil air rebusan daging
bawang besar
bawang putih
lada kering
halia seinchi
udang kering
belacan
sayur (ikt ske) da di basuh n potong.
telur
bawang goreng

cara2
1.blend bawang besar,bawang putih,halia,lada kering,belacan,udang kering.dan tumis sampai pecah minyak.
2.masukkan daging n air rebusannye.
3.bila da mendidih,masukkan sayur2,garam n gula.
4.reneh sekejap.
5.bila da mendidih,pecahkan telur.
6.test la dia punya masin n manis
7.boleh hidang! tabung bawang goreng sikit.bg yg suke masam,boleh perah asam limau sket.;)
 mudah je.;p

da boleh try ye.wslm

sos garlic(thoum)

Bismillahirrahmanirrahim.. mayo bawang putih/ثوم bawang putih 7biji telur putih 2bhg ½ sdb garam(kite kurg skit lagi) ½ biji lemon 1½ cawan ...